Mereka Besh - i Follow

Friday, 21 October 2011

Niat...apakah??

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Niat??...

Entahlah, kadang-kadang saya terfikir..zaman skang ni, ada lagi ke semua perbuatan kita bergantung pada NIAT yang baik, niat memang terang-terangan kerana Allah tiada sedikit pun jatuh kepada RIAK..

Kadang-kadang saya kaji diri sendiri, klu saya bercerita tentang itu ini...saya letak gambar yang begini..maaf..(ini hanya contoh..tiada sekilas untuk saya pukul anak sindir menantu disini)...gambar-gambar yang saya ada disebuah tempat makan yang kalian mmg tahu, kalau disitu makanannya...jangan nak masuk kalau dalam poket hanya ada note RM50.00, jangan harap okes!...bila saya letak dan panjang berjela akan di like..dan orang2 lain akan komen...WOW!!...kaya lah hang, makan kat situ!...yea!..haritu saya makan juga kat situ, biasalah sekeping roti pun dah RM10.00...apa tujuan saya sebenarnya??..samada untuk saya berkongsi, atau saya nak orang tahu yang saya lebih berkemampuan dari korang semua, atau saya memang paparkan ia tanpa sebarang niat???

Andai saya menulis tentang sesuatu, adakah NIAT saya mmg hanya untuk berkongsi rasa saya??..atau saya nak khabarkan bahawa kehidupan yang saya jalani adalah lebih baik dan indah dari kalian, dan saya lebih bertuah dari korang semua??...

Entahlah, saya sendiri masih tertanya-tanya pada diri saya sendiri...apakah NIAT saya sebenarnya selama ini bila mula melakukan sesuatu perkara, ikhlas tak saya detikkan niat itu kerana Allah tanpa ada sebarang perasaan lain.

Jangan salah, saya berkata pada diri, mengarahkan telunjuk ke muka saya sendiri..saya tidak layak menunding pada muka orang lain.

*Adakah ini penyakit hati..Hati, mari bersihkan hati*

-iwsk-

8 comments:

  1. niat ikhlas atau tidak, tidak dapat kita ukur,. tapi selagi kite tahu tujuan kite buat entry hanya untuk berkongsi rase dengan orang lain, mungkin tiada salahnya,. yang penting jgn ade riak dan takbur yang timbul,huhu,.

    ReplyDelete
  2. kadang sedar atau tak memang kita nak buat sesuatu tuk tarik perhatian walaupun dengan sengaja atau tak.

    sama juga bila kita tempek gmbr kita yg 'comel'belaka tu kt fb org komen org like, niat awal tu dh terpesong bila terdetik dlm hati "hot gak aku ni ye"

    ReplyDelete
  3. Entri awak ni buat saya termenung sejenak.. Masa upload gambar niat kita sebnarnya nak cerita kat orang..'hey aku pergi kat sini, makan di sana.. enjoy disini'.. dalam masa yang sama riak dan takbur mesti timbul sedikit sebanyak dan orang yang melihat kita, mungkin terasa sedikit cemburu (mana yg tak berkemampuan) dan mana yang berkemampuan pulak mungkin membalas dengan hebat.. ish.. awak terima kasih sedarkan saya!

    ReplyDelete
  4. bella luna : ye lah..perlu berbalik pd tujuan asal kita kan..hurrm

    ReplyDelete
  5. MakNgah : betul..sbb adakalanya kita mmg nak tarik perhatian org lain tanpa kita sedar...so, tepuk dada tanya selera kan...

    ReplyDelete
  6. Ana Azhana : awak, saya pun kdg2 terfikir dgn niat saya...hope tak lari dari landasan dan kita memang kena banyak berfikir POSITIF kan..

    apa yg kita boleh kongsi..kita kongsi kan..

    ReplyDelete
  7. betulkan niat..teruskan minat..:)

    kita tak boleh nak baca niat seseorang kerana tak semua berniat yang sama..ada yang niat baik,dipandang serong..kan..kan??

    ReplyDelete
  8. Arra : yup dear...apa pun 1st..niat kita sendiri mesti betul kan..ermmm!..mgkin saya ni bnyk sgt pk yg bukan-bukan...be positif sepet!

    ReplyDelete