Mereka Besh - i Follow

Thursday, 12 January 2012

Umur Yang Semakin Mengejar.

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim...

Senyumlah seindah suria, kelak dirimu gumbira :)

Umur yang semakin mengejar, sempat ke kita nak kejar apa yang telah tercicir??.

Kita ni, makin lama makin dikejar usia..umur yang kita sendiri tak tahu sampai bila, kalau beli barang, ada tarikh luput..so, kena habiskan sebelum sampai tarikh luput, tapi..kalau tak habis dan dah luput...maka, tong sampahlah jawabnya..yea dak??...nak makan?..jangan cari penyakit...tapi, beza dengan umur kita, kita tak ada cop kat mana-mana bahagian anggota badan, tarikh luput, kalau ada..mudahlahkan, buat dosa banyak-banyak..pastue agak-agak dah rasa nak luput, bertaubat..pastu agak-agak dah sampai waktunya, tak kan nak buang macam tu aje kan??..campak kat tong sampah??..laut??..mudah??..tak semudah itu bukan..sebab, kita yang Allah jadikan sebagai khalifah kat dunia ni, ada sebab musababnya.

Wallahu'alam.

Renung-renungkan sejenak...

" Umur itu umpama Modal . Jadilah orang yg beruntung (rabih) ; atau sekurang2 nya balik modal (salim) . Namun jgn lah sekali2 menjadi orang yg rugi (khasir) ".

Ketahuilah bahawa org yg 'rabih' itu adalah org yg menunaikan yg fardhu & meninggalkan maksiat & menambahkan pula dgn bermacam ketaatan yg sunat .

Keberkatan umur kita dapat lihat bagaimana kita memanfaatkannya. Sebagaimana contoh Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang meninggal dunia pada umur 45 dan 55tahun. Umurnya singkat tapi mereka berjaya menghasilkan beratus jilid buku sepanjang hayat mereka.

Bilakah Allah menarik keberkatan umur?

Bila umat islam lemah iman dan melanggar syariat agama, maka tahun demi tahun kita akan merasa dunia berputar dengan lebih cepat dan bila nikmat itu tercabut keseluruhannya, akhirnya kiamat datang...

Adakah kita pernah berfikir bila kita akan mati & banyak mana dah amalan2 kita untuk dibawa utk bertemu Allah? Jika amalan-amalan tu kosong dihadapan Allah, apa sebenarnya tujuan hidup kita didunia? Mengejar harta dunia? Sibuk mencari aib & salah org? atau mempersiapkan diri utk kehidupan 'di sana' kelak ? Oleh itu sahabat2 ku , maka pilihlah yg terbaik ...

Lillahitaala . Wassalam .

*Pusat Sumber Email*

ALLAH mengajarkan hamba2NYA yg beriman agar terhindar dari penyakit dengki & selamat dari pendengki dalam surah Al Falaq, "min syarri haasidin idzaa hasad, "Ya ALLAH, kami mohon perlindunganMU dari sifat hasud & org2 yg hasud...aamiin".

*Petikan sedikit ayat dari status K.H.Muhammad Ariffin Ilham*


-iwsk-

16 comments:

  1. sungguh terasa kebenaran disebalik kata kata diatas.....

    ReplyDelete
  2. salam kenal dik... tq sbb sudi keblog akak...

    tiada siapa yang boleh lari dari umur...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam kak.adarnadzmie : sama-sama kak...tak boleh lari ke mana kak...fitrah kan..

      Delete
  3. Betul tu, sebenarnya kita tidak sedar akan peradaran masa yg begitu pantas, bila terlupa untuk buat sesuatu barulah kita sedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Razifredz : masa berputar bagai roda...kita manusia yg selalu alpa...perbaikilah...

      Delete
  4. umur sentiasa bertambah, lipat gandakan persiapan untuk hidup "disana" kelak... :)

    ReplyDelete
  5. ilmu yang bermanfaat. alhamdulillah. tak rugi bace. :P

    ReplyDelete
  6. betol tu..sekejap masa berlalu, kita jew yg xsedar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhd shah jehan : sekejap je kan...insyaAllah kita masih ada kesempatan...ayohh

      Delete
  7. jangan terlalu leka dengan episod duniawi :)

    ReplyDelete
  8. cam mana nak cover balik yg tercicir.. kena usaha lebih la..:D

    ReplyDelete