Mereka Besh - i Follow

Wednesday, 25 January 2012

Semuanya..Punya Hikmah.

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Bertudung or BerHijab..

Orang cerita saya pun nak cerita, eh!..tak malu, nanti jatuh riak?...niat saya cuma nak kongsi, apa yang baik kita ambil bersama yang tak molek kita letak tepi or tinggal kan terus.

Kita kena belajar didik hati..supaya tak selalu berperasangka yang tidak baik.

Istigfar, Zikir jalan terbaik.

Lupa-lupa ingat, kalau dibilang dengan jari dan ditanda dikalender melayu saya mula bertudung dari tahun 2008..alhamdulillah, kurang lebih 4 tahun kini.

Masa sekolah dulu-dulu pi sekolah pakai, tapi bila dah remaja...tak rawkslah kan pakai tudung, zaman muda mudi..bermake-up dan bergaya adalah kesukaan ramai, saya juga tak ketinggalan...tak cukup kain?..oh!..malu bila nak dikenangkan, namun Allah SWT Maha Pengasih, diberikan saya kemalangan dan ditinggalkan sedikit kesan terlalu sedikit namun, kerana yang sedikit itulah, lalu..malu menjadi asbab...tiada lagi tak cukup kain...saya manusia khilaf...tak cukup dengan itu, Allah berikan saya selera makan, lalu...yang ketat menjadi sendat dan malu...lalu, segalanya menjadi longgar kini.

Memula malu pada manusia, lama-lama sedar..inilah HikmahNYA..c Allah Maha Penyayangkan, selalulah berharap..huluran tangan Tuhan.

Sekarang masih nak kurus, ops! bukan nak sendat tapi nak sihat.. :)

Melalui seseorang Allah SWT berikan hidayahnya kepada saya untuk bertudung, entah rasa lain benar ketika itu...terimbas semula kali pertama dia melihat saya bertudung, wajah terkejut dan dia bersyukur, terima kasih..saya takkan lupa itu, selagi kain ini menutup kepala saya.

Berubah??...perlahan-lahan, biar ianya kekal..bukan drastik tapi akhirnya terbengkalai.

Niat hanyalah kerana NYA Ya Rabb.

Firman Allah SWT.

“Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha Pengampun dan Maha Mengasihani”(Al-Ahzab : 59)

“....dan janganlah mereka (perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka.....”(An-Nur : 31)


~My Little Sis..alhamdulillah atas perubahan positifnya~

Allah SWT, seandainya DIA berkehendak, dan hidayah Allah tidak mengenal siapa kamu, siapa mereka...wish for me...teringin dan suka sekali, namun...masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki..sahsiah diri..untuk menjadi Muslim yang Mukmin..aamiin aamiin aamiin Ya Rabb.

InsyaAllah...kita masih belum terlewat.

*Mohon maaf andai ada yang terasa, semua ini..hanyalah tentang saya*

Terima Kasih, senyum sikit :)

-iwsk-

9 comments:

  1. alhamdulillah moga2 dgn perubahan itu akan menjadi lebih baik di masa akan dtg.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah alyn semua kuasa Allah kan

    ReplyDelete
  3. berubah kearah kebaikan.....
    alhamdulillah !!!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...berubah atas kemahuan sendiri... ^_^"

    ReplyDelete
  5. berubah sikit demi sedikit..i.Allah..:)

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..
    alhamdulillah, kisah kita untuk mereka..
    sewajarnya dikongsi bersama..
    asbab itu ada, carilah ia..
    tidak semestinya hanya bila ditimpa musibah

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, Allah sentiasa adun yang terbaik buat kita. Mudah-mudahan terkesan buat semua. ;)

    ReplyDelete