Mereka Besh - i Follow

Thursday, 19 January 2012

Pilihan Saya Pilihan Mereka.

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Hye semua....mood okay?...saya dah mood cuti nie...hehehe, esok last keje....pastue naik keje hari Rabu next week after raya cina..ohyeahhh!...sangatlah happy bukan...saya tak sambung cuti, sebab bulan 2 baru nak cuti, saya ada lagi baki 5 hari tahun lepas yang belum setel (sebenarnya lebih tapi 5 hari je boleh disambung..sob sob!)..kena bagi setel before March dan tambah dengan cuti tahunan saya pada 2012, 18 hari...total 23 hari, walah beronok-ronoknya cuti banyakkan...senyum...eleh orang lain lagi cuti banyak..tak kecoh pong! :)

Ramai orang tanya saya, "Linda, amek pinjaman ASB?".."Tak".."Kenapa? Sayang tau, muda-muda ambil ASB bagus ikat sampai 20-25thn pun okes..klu RM 40,000 bulan2 baru RM300++..akhir tahun boleh dapat dividen, dividen tu boleh cover monthly payment"..Saya..senyum je...soalan ini, selalu sangat untuk saya..Dalam hati, saya tak mampulah..senyum lagi :)

Pada kawan-kawan yang bertanya, saya berikan jawapan ini.

Terus terang adalah lebih baik dan sebenarnya saya juga tak nafikan, ada benarnya kata-kata mereka tentang ASB.

Okes...pendirian kita semua tak sama bukan?...tapi, belum tentu juga pendirian kita or org lain tak bagus, itu masing-masing punya pilihan, macam mana nak menghadapi masa depan dan masa tua kelak, insyaAllah.

Macam saya orang yang tak banyak saving...senang kata saya memang tak ada saving...so, pilihan dan cara hidupnya memang tak sama?..

Saya jalani hidup saya 'sekarang' dengan mudah..kenapa sekarang itu ada koma diatas, kerana....tet!...biarlah, tahun baru ini...saya mulakan kehidupan baru...apa yang lepas, saya anggap sebagai satu bentuk tanggungjawab sebagai manusia...rezeki kita bukan buat kita seorang, sebahagianya milik orang lain juga, samaada buat keluarga or org sekeliling, kalau madang nak fikirkan..Kenapa? Mengapa?...Saya tak sanggup sudah, nak menanggung kepedihan hati sendiri...noktahkan ia...dan saya boleh tersenyum :-)

Saya tak ada buat cara tak ada, mampu buat cara mampu...bak kata pepatah...ukur baju dibadan sendiri...Cukup!.

Oleh kerana itu, saya lebih memilih melakukan ini..Saya tak ambil ASB tapi saya beli insuran...sejak saya awal bekerja lagi, saya memang beli insuran, adakalanya bertukar, sebab saya tengok yang mana lebih benefitnya, saya memilih insuran yang ada saving dan cover kala saya memerlukan. Kenapa saya tak ambil ASB...rata-rata kawan-kawan saya mengambilnya, yup...itu juga cara yang bagus utk masa depan, tapi saya nak lebih selesa bila sakit atau tak berdaya dan saya tak mampu nak sediakan kos rawatan yang tinggi kelak...disini, bukan kerana hospital kerajaan tak bagus, saya cuma memilih sedikit keselesaan. Saya nak sedikit privacy tika sakit, mcm dulu....keluarga, kawan kawan bebas melawat saya.

Syukur, tahun lalu ketika saya diserang Vertigo dan melakukan pembedahan Tonsil, kos sangatlah...beberapa hari dihospital Pakar Puteri dan kos pembedahan mengjangkau RM11K++...semuanya diselesaikan oleh insuran company...sbb, masa tu insuran personal saya masih belum boleh digunakan, before ni saya guna insuran lain dan sekarang saya lebih memilih Prudential BSN Takaful.

Yup, memang betul...kalau dihospital kerajaan kos nya memang takkan sebanyak itu, tapi...belum tentu saya boleh melakukan pembedahan secepat itu dan keluarga,kawan-kawan bebas mengjenguk saya dan belum tentu Nurse yang merawat, boleh order kan Pizza time 9.30malam...hehehe, saya kalau makan dan teringin, memang begitu..usaha amat giat!...dan saya tak larat nak demam setiap bulan kerana Tonsil dah tahap teruk. Pilihan kita tak sama cara juga berbeza.

Apa pun pilihan masing masing, lain hulu lain parang...lain orang lain ragam. Bagi saya, pilihan kita...adalah kerana kita selesa..kita mampu melakukan itu, tahap mampu kerana sedar diri, bukan orang kaya yang boleh bersenang-lenang.

Sonye...Saya memutuskan, biarlah saya tak ambil ASB yang mengambil masa lama nak tunggu..sehigga saya tua kelak...cukuplah KWSP yang ada dan sedikit-sedikit duit simpanan yang saya baru mula belajar nak menyimpan. Lagipun insuran yang saya beli ini ada saving juga dan cover hingga umur saya 70 tahun, insyaAllah seandainya Allah swt perkenankan saya hidup sehingga umur begitu.


~Prudential..Always Listening. Always Understanding..per year RM 50,000 Cover~

AmLife Insurance Berhad - Hospitalisation Only
~Medical Card..Ins Company..per year RM 40,000 Cover~
Kad dan Insurance ini company saya beri percuma tanpa bayaran apa-apa.Saya boleh gunakan bila-bila masa sahaja, masuk hospital pun tak payah deposit, Alhamdulillah.


Ini pilihan saya...pilihan kamu pula bagaimana??..

Apa pun pilihan kita...saya pasti, kita buat untuk yang terbaik buat diri kita sendiri dan keluarga kan.

*Fakta bukan Auta...Arwah Atuk saya belah Emak saya, bernama Pileh..saya bangga okes :)*

Terima kasih, senyum sikit :)

-iwsk-

1 comment:

  1. salam, bagus kak...
    tak semua org sedar mcm mana pentingnya insuran pada kita. Ramai org kita ingat ins tu just buang duit je, diaorang x tau lagi sebenarnya ins tu simpanan n boleh dapat semula dengan return sekali. Kalau apa2 jadi kat pembayar pun ins akan FREE utk org yg di insuran kan tu. Dengan min RM100 boleh dapat coverage sampai RM1,000,000 pun ramai yg tak nak..

    bukan tu je, gi klinik pun free...

    Sapa2 yg nak tau lebih lanjut boleh call, whatsapp, wechat, emel, sms saya. saya buat free quoation sekali.

    ahmad
    013-2425430
    camunsif@yahoo.com

    ReplyDelete