Mereka Besh - i Follow

Friday, 16 December 2011

Perkahwinan yang Menidakkan Fitrah Allah..semoga Ariff diberi Hidayah.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Astaghfirullah...mengucap panjang dan sedih sangat bila baca berita ni.

Maaf, bukan niat nak bukak aib sesiapa, cuma nak kita renung dan fikirkan, kat mana salahnya sampai jadi macam ni.

Pagi tadi dengar juga radio, berita kehilangan Ariff ni dah ditemui, tapi mengikut Duta kat Ireland tak bleh nak cakap apa sebab, menghormati undang-undang pelajaran Ireland..klu tak silap.

Dan, tetiba..tengah dok sibuk google jengah-jengah blog, facebook..tetiba kuar cerita pasal Ariff ni. Ya Allah!

Dengan segak bertanjak dan berbaju Melayu...Ariff menyarung cincin dan bercium dengan pasangannya Jonathan..mgkin selepas melafazkan ikrar perkahwinan.

Apa perasaan si Ariff ni kan?...tak terbayang ke wajah Mak, wajah Ayah..wajah keluarga, yang mencari dia selama 3 tahun hilang tanpa berita (klu tak salah info ek). Dan sekarang khabarnya, keluarga menanggung hutang saman dari Petronas, Ariff ni pelajar tajaan Petronas, pandai je tapi akal cetek letak kat tapak kaki..

Ya Allah..betul-betul Allah uji Mak Ayah Keluarga dia dengan seberat-berat ujian, harap diberi kekuatan menerima semua ini sebagai ujian kasih sayang Allah pada Mak Ayah si Ariff ni.

Ariff mgkin sekarang dia sedang menikmati saatsaat manis alam perkahwinan..Astaghfirullah..tak ingat ke dia akan, azab Allah, tak takut ke dia andai ajal menjemput tika dia belum lagi sempat bertaubat kembali ke fitrah. Ya Allah, berikanlah Ariff dan Jonathan ini petunjuk hidayahMU Ya Allah.

Sekarang, tempias kena kat mak ayah dia..mungkin dipersoalkan, kenapa? mengapa?..sedangkan, mak ayah dia pun tak nak Ariff jadi macam ni. Ariff buat taik, mak ayah dan keluarga yang terpalit berbau busuk kat Malaysia ni.

Kalau boleh, janganlah memaki hamun..memalukan mak ayah si Ariff ni..sebab, mungkin bila tersebarnya berita ni, malu dah tak tertanggung lagi oleh mak ayah dia. Lagipun, mak ayah mana yang tak sayang anak, tak kasih kan anak, sebab tu mereka usaha mencari, namun..sedih!..bila pencariannya berakhir dengan berita...anaknya sudah berkahwin...mgkin kalau berkahwin dengan Minah Saleh..mak ayah dia ok lagi..tapi, bila Ariff berkahwin dengan Lelaki bernama Jonathan, luluh tak hati mereka...pasti!.

"Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa"


Semoga Allah memberi hidayah pada kita, pada Ariff dan pada mereka yang telah membelakangkan Fitrah Allah s.w.t...aamiin.


-iwsk-

3 comments:

  1. ya Allah..kesian nye si Ariff ni..smoga dia dpt hidayah dan kembali kepadaNya

    ReplyDelete
  2. kesilapan dia satu kesedaran buat kita...

    ReplyDelete