Mereka Besh - i Follow

Friday, 23 December 2011

Ikatan..Itu Masih Tersimpul.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Rindu adakalanya datang menjengah, terlalu sukar bukan hendak mengikis sesuatu yang sudah bersatu sebati dengan kita, samaada kasih sayang, kebencian yang diundang, namun..bukankah kita dituntut menjadi pemaaf...itu masalah hati.

Aku memang Rindu kan kau, mengigit-gigit rasanya rindu ini. Bak kata orang dulu-dulu, nampak bumbung rumah pun jadilah, tapi..saya tak nak nampak bumbung, nak nampak muka dan susuk tubuh, kerna nak tahu..sehat kah kamu??..

*picture kredit to google & photobucket images*


Lama tak borakkan, lama tak keluar makan, lama tak bergaduhkan!..oh!..Rindunyaa!, Ya Allah :(

4 tahun..ini terlalu lama tak jumpa..bila?..kerana waktu memisahkan kita, sementara atau selamanya??..Entah!.

Sahabat??..kita semua ada sahabat kan, seronok??...yea, seronok dan adakala juga pahitnya, adatlah..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula, manusia.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

*Menghabiskan sisa-sisa cuti tahun...Khamis baru naik kerja...walauweii, seronoknya..eh! cuti ada lagi..forward ke tahun depan..yeeaahaaa!..senyum sampai telinga :) *

-iwsk-



3 comments:

  1. wah meriah betul..dah mcm cuti cuti msia dah tu..anyway selamat menyambut tahun baru 2012

    ReplyDelete
  2. dalam berhati2 adakalanya terkena juga...

    ReplyDelete