Mereka Besh - i Follow

Friday, 30 December 2011

Kisah Berkisah 2011.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir, salam diucap pembuka bicara...

Holaaa!...hope kita korang semua happy je okes.

Menjelang 24 jam berminit bersaat, kita nak menyambut tahun baru...2012..

Maka, segala yang terjadi di 2011 akan tertinggal disana, tertinggal namun mesti ada yang tersisa dan kita usung ke tahun baru.

Ntahlah, sebenarnya ada cerita yg nak diceritakan tapi rasa mcm, huh!...buat sebak dada je, :(

Tak apa, kita abaikan semuanya itu, tinggalkan aja rasa sakit hati itu, ubatlah sendiri, kelak "dia besar, tahu lah dia akan erti sebuah kasih sayang". Allah itu Maha Adil Dan Maha Penyayang, seriyes..saya sedih sgt dgn "petikan" itu, menangis sampai menekup bantal ke muka..menjerit...Ya Allah, sampai hatinya, kamu menulis seperti itu, tak apa lah...nasi dah jadi bubur, namun masih boleh dimakan dan enak bila divariasikan dengan aneka lauk, tak lah tawar hebeh!.

2011, tahun yang penuh dengan Rasa..pelbagai, macam-macam rasa..kejap masam, kejap pahit, kelat melekat, namun selalu ada manis, hujung-hujungnya...sedikit rentetan beberapa peristiwa yang begitu terkesan.

January, 2011

Happy sangat, menjalani sesuatu hubungan..bilamana mengjangkau ke tahun ke 4 dan bilamana "dia" datang sendiri dengan tanpa paksaan, tanpa desakan sesiapa, malahan saya sendiri.."dia" datang dengan niat yang hubungan ini nak ditamatkan dengan Ijab & Qabul..suka bukan??..giler tak suka, tapi...saya hanya mendengar tiap-tiap butir bicara "dia" tanpa berkata apa-apa, tapi dalam hati..Allah je yang tahu..suka gilerrr!!..senyum dah hati ni, tapi...muka mantain...satu ayat sahaja saya ucap untuk membalas semua kata-kata "dia", yang panjang lebar mukadimahnya tadi... "Aku tak pernah paksa, dan tak pernah desak...kau sendiri datang dan bagitahu semua ini, apa yang keluar dari mulut kau ni, aku ANGGAP SEBAGAI JANJI"...katanya, "InsyaAllah, bukan waktu terdekat ini, beri sedikit masa, bisnes pun baru nak berkembang, biar semuanya lancar dulu"..saya pulang, senyum kambeng...malam tido tak rasa, sebab, tak sabar nak tunggu siang...weeee :), luv luv pun bertaburan.

Mac, 2011

Saya buat pertama kalinya sejak terakhir masuk ke hospital masa berumur 12 tahun, peh! berbelas-belas tahun gaks, alhamdulillah, kesihatan yang diberi Allah s.w.t, namun 2011...saya masuk hospital agak lama...saya check in 6 hari di wad biasa dan 1 hari di ICU, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, kerana...Vertigo dan operation Tonsil..mula sakit tu, ingat keracunan makanan..tapi, duduk sensorang ni, dan mengalamai Vertigo..Ya Allah, maha hebatnya dugaan, sakit ini sangat menguji...keadaan sekeliling menjadi tonggang terbalik, serasa naik kapal laut dan dilambuk ombak rasanya, tak mampu berdiri berjalan, tak mampu membuka mata, muntah berkali-kali, sampai dah tak ada isi perot yg nak dimuntahkan lagi, namun..saya punya kasih sayang dioffice ini...dan kasih sayang dari "dia"..sebak dada..bilamana, saya tak mampu berdiri,berjalan ini...dicepung "dia" masuk dlm kereta dan hantar ke hospital...Mak, cakap..keluar semua urat "dia" waktu angkat saya..peh!..saya ini bukan ringan orangnya..berat berkilo-kilo.. :)

Tahu, ketika saya di ICU usai operation Tonsil, keluarga, kawan-kawan, "dia" datang..Mak jangan cakaplah, genap 14 kali bertemu membaca Yasin dari mula masuk dewan bedah sehinggalah selesai operation, besar sungguh pengorbanan Mak pada saya...tak terbalas rasanya, tak pernah Mak tinggalkan saya selama saya dihospital, mampu ke saya kelak membalasnya??...Ya Allah :(

Saya tahu "dia" sedih tgk saya yang terbaring tak mampu bergerak, bantuan pernafasan diberikan sebab hidung saya bahagian dalam juga turut dioperation kerana, tonsil telah naik ke belakang hidung, dan..buat pertama kalinya, setelah hampir 1 tahun lebih, saya tidak berjumpa dengan Adik kesayangan saya, tapi..kerana sakit inilah, kerana saya masuk hospital, lalu...adik saya datang, datang dengan penuh kasih sayang, buat pertama kalinya, saya bertemu dengan adik, yang 100% berubah dari segi penampilan..tiada lagi seluar jeans, tiada lagi t-shirt, tiada lagi sepit rambut, tapi, Adik berdiri disisi saya dengan "Niqab"...basah niqabnya tika mengusap-usap kepala saya, saya?..hanya air mata yang mampu mengalir, tanpa suara..tanpa pelukan, rindu dlm hati ini, Allah sahaja yang tahu..C..Allah berikan saya ujian sakit, tapi..dalam masa yang sama Allah kembalikan adik saya ke pangkuan saya, adik yang saya berkongsi segala kisah, adik yang saya suap, adik yang kahwin dirumah saya, adik yang manja, adik bongsu kesayangan mak abah saya, adik yang saya jaga anak-anaknya sejak dari dalam perut lagi, Maha Besar Allah lagi Maha Penyayang..

April, 2011

Saya dan "dia"..menjauh, ntah kenapa..ntah dimana silapnya,saya juga punya silap, banyak silap dlm hubungan ini mgkin,perempuan..biasalah kan, tapi kata "dia"...cukuplah, kalau selama ini "dia" membebani saya dengan segala macam masalah "dia"...masalah kedai, masalah family, masalah dirinya sendiri..katanya, betapa teruknya "dia", ketika saya sedang sakit teruk pun, saya masih lagi...membantu "dia"..Ya Allah, saya ikhlas tanpa pernah rasa terbeban, tapi...tak apa, saya pun tak berapa sihat, MC sebulan..lalu semuanya terbiar macam tu sahaja...tapi, masih on off..on off.."dia" kerap msg, nak menyatakan isihatinya, betapa penatnya dia bekerja, uruskan kedai, betapa laparnya dia, betapa itu dan ini, dan dia mula belajar pergi membeli barang seorang diri, mencari barang keperluan tanpa adanya saya menjadi tukang pilih, menjadi tukang komen.."tak, okes".."baju ni sesuai".."kasut ni okes"...4 tahun, bukan mudah bukan nak membuang, sesuatu yang tersebati dlm diri, dlm hidup seharian..saya,seperti biasa...kata-kata semangat buat dirinya, saya tak nak dia terjatuh,tersungkur dengan apa yang dia usahakan sekarang ini. Saya nak dia menjadi seseorang pd masa hadapan, sebab itu..saya tidak pernah, mempedulikan, keadaan saya masa dengan dia, masa saya dengan dia, penat saya dengan dia, sedih saya dengan dia, terlukanya saya dengan kata-kata dia, menangis saya kerana sikap dia, sakit saya..tak, saya tidak pernah peduli!!..Adakala, bila pandang muka dia, saya selalu bisik dalam hati..andai Allah perkenankan, biarlah dia jadi imam saya, sebagaimana dia mengimamkan solat kami, biarlah saya yang merawat dia, tika dia sakit nanti, biarlah saya yang melayan kerenahnya, bilamana dia tua nanti, kerana saya terjatuh dalam cinta dia yang Cintakan DIA dan KekasihNYA.

September, 2011

Hari raya, semua insan bergembira...

Namun, disaat kami berkeluarga menyambut hari kemenangan ini..pada hari raya ke 4, kami berkeluarga..sebelah Arwah abah, telah diuji Allah s.w.t, dengan seberat-berat ujian, yakni..kehilangan sepupu yang sangat baik..pada Hari Jumaat, 02/09/2011..lebih kurang 2.00 ptg, kerana kemalangan, dan yang paling berat buat kami..kerana 03/09/2011 raya ke 5, adalah hari pernikahanya. Kemalangan terjadi di lebuhraya utara selatan, 5 kilometer Sedenak..Ya Allah, kami dirumah yang sedang sibuk, nak menghantar beliau esok ke majlis pernikahan, rupa-rupanya..menghantar beliau ke pengrehatan buat selamanya. Dia Mohd Jamal Ambok Intang, abang sepupu yang sangat baik, banyak bekerja dari bercakap, kami..bekerluarga, orang-orang sekeliling, kawan-kawan beliau...susah benar nak mencari..apakah, perkara yang menyakitkan hati kami, yang beliau lakukan..susah benar, teringat ketika saya keluar hospital, dialah yang menjemput, dia juga datang menjenguk tika saya sakit..malahan..orang-orang kampung..rata-rata bercerita tentang kebaikkan beliau, pintu pagar surau yang beliau buat, mgkin menjadi amal buat dia,insyaAllah..namun..janji Allah itu pasti, tidak cepat dan tidak lambat walaupun seminit, semoga rohnya dicucuri rahmat, aamiin..al-fatihah.

Oktober, 2011

Akhirnya, "dia" pergi dan membiarkan janji itu, saya sedih...yup, sangat-sangat sedih...tapi, tiap-tiap kali saya rasa kesedihan itu seakan-akan menikam-nikam jantung, hati saya, saya menagis sekuat hati dan saya jadi semangkin kuat, walaupun tak mudah melupakan apa yang kami jalani sebagai sahabat rapat 4 tahun, tak apa lah, saya biarkan semua, walaupun mula-mula..bertalu-talu msg saya pada dia, tapi..dia tetap diam seribu bahasa, msg diabai, call diabaikan..dan saya tegar...saya pasrahkan..menyerahkan semuanya pada DIA, air mata ni, adakalanya laju macam air paip...sakitnya Allah shja yang tahu, tapi..saya tetap senyum dan jalani hari-hari dengan biasa, biar orang lain tgk saya kuat, walaupun saya ini rapuh sebenarnya...tapi, saya percaya...jika kita bentuk kekuatan jiwa...insyaAllah, fizikal juga akan jadi kuat..Jiwa umpama akar pada jasad, walau jasad lemah, andai Jiwa kuat...kita masih mampu mengharungi semua ini..ibarat, senyum dalam tangisan...mana tahu kan, kelak..tangisan ini menjadi...tangisan gembira...Pasrah itu menyerah, Redha itu ikhlas feeling Ombak Rindu...Kenangan itu takkan saya bunuh, akan saya simpan dalam suatu lipatan..kemas-kemas..manalah tahu, suatu hari nanti..perlu saya buka lipatan itu semula.. :)

Apa pun yang terjadi..kan tetap terjadi..mungkin semua ini takdir buat diri saya, dari satu takdir ke takdir yang lain saya melompat, entah kenapa...mungkin juga, manusia yang banyak khilaf macam saya ni, diberi ujian..Sebangai Teguran, dalam mencari diri..dalam saya cuba perbaiki diri sehari kesehari, ujian sering datang..sampai satu tahap, saya malu nak minta dengan DIA, sebab..saya tahu, saya ini tidak layak...saya cuba menjadi anak yang baik, adik yang baik, kakak yang baik, makcik yang baik, sahabat yang baik, kawan yang baik, jiran yang baik, masyarakat yang baik, diri sendiri yang baik...saya cuba, dan terus mencuba.

Saya ini manusia jahil, banyak kekurangan dalam hidup, walaupun saya cuba..untuk menjadi yang terbaik...saya sedar, itu masih belum cukup..walau saya sering korban kan kebahagiaan saya, untuk mereka-mereka yang saya sayang, mungkin ianya belum memadai buat mereka...saya ini manusia yang terlahir miskin, saya ini manusia yang tak punya apa...saya ditinggalkan arwah abah tanpa harta, saya selalu salah..dengan tak punya harta, tak punya jawatan..kerana saya tak sekolah, saya tak ada SPM pun, yang saya ada cuma besarnya kasih sayang, pada mereka-mereka yang hadir dalam hidup saya, walaupun saya selalu tak dapat kasih sayang dari mereka semula, saya terima walaupun mereka balas saya dengan cerca, dalam hati jiwa saya, tetap penuh kasih sayang buat mereka...biarlah, saya tahu...ini mgkin semua teguran kasih sayang Allah pada saya...saya terus belajar menjadi manusia, menjadi insan yang dipandang Allah s.w.t.

Cukuplah, makin banyak yang saya repekkan nanti, mungkin makin muak nak dibaca...Biarlah yang lainya, disimpan dalam lipatan :)

Hati sedih ini, biarlah saya rawat, dengan kekuatan DOA dan ketentuan Masa yang terus berjalan, selagi saya masih bernafas dibumi sebagai penumpang yang menunggu masa berhenti diperhentian.

Buat "dia", saya selalu doakan yang terbaik, mencapai apa yang diinginkan dalam hati, menjadi sesorang yang berguna untuk agama dan keluarga kelak, walau terkadang saya curi-curi memandang ...memandang kedai...manalah tahu, nampak kelibat kamu...fuhh!!...mesti bahagia kan...hurmm!, kata teman-teman...lupakanlah, dia tak pernah ingat kat kau pun...hehehe, tak kawan..saya tahu, dia tak pernah lupa pada saya..saya yakin itu.

*Terima kasih Allah, walaupun saya ini tiada SPM, rezeki Allah selalu ada buat saya dan saya masih mampu membina sesuatu kejayaan, buat diri sendiri diperingkat saya sendiri...syukur.

Kita kutip, kisah berkisah 2011 lepas dengan seribu nikmat, mungkin ada Indah menanti 2012, insyaAllah..aamiin.




2012..Selamat Datang Tahun Baru Bulan Melayu


-iwsk-

3 comments:

  1. sabar laa..
    dugaan hidup sentiasa ada..
    tempuh dgn redha
    one more,,moga awak jumpa insan lebih baek dari dia. jodoh pasti ada.
    senyum kawan !
    selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  2. dugaan cubaan ...mmg hebat di 2011 aku...

    ReplyDelete