Mereka Besh - i Follow

Sunday, 13 November 2011

Tujuh Kategori Kaya

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Menjadi orang Kaya tak salah, menjadi orang miskin pun bukan satu kesalahan, malahan semua itu bukan satu kesilapan...kita masing-masing punya hak untuk mengubah diri...asalkan, kita tak merugikan diri kita sendiri kan...ingatlah, dari rezeki kita itu, ada sebahagianya adalah hak orang lain.

Kaya??...siapa yang tak nak kaya kan, hidup dalam dunia..mgkin BONUSnya adalah kekayaan, macam mana kita diterjemahkan kekayaan dalam kehidupan kita, samaada dengan harta? kebahaagian? kasih-sayang?..wallahualam.

Adakala kita, termasuk saya sendiri...suka sangat bila tengok orang kaya..macam tak ada masalah, yelah..masalah duit?..itu selalu menjadi pokok utama KAYA kan..klu ditafsir dari mata kasar, banyak duit hendak beli apa pun mudah, nak bercuti mudah, nak shopping online mudah, pendek kata..panjang pun kata juga..dengan DUIT semua jadi MUDAH, membeli belah dihujung jari.

Bohonglah kalau dlm hati tengok member beli online, kita tak ada perasaan ingin juga...tapi, berbaloikah??..klu kita turut sama rambang mata, pantas jari klik form online..lat lat, akhir bulan...kita ternganga...duit dalam purse tinggal rm50, gaji lambat lagi...stok maggi bertimbun dalam laci..haissh! gugur rambut!.

Tengok member pi shopping kat kedai-kedai branded..kita pun nak juga sehelai dua..nak juga sama hebat dengan kawan-kawan...tengok2 member tukar handphone..kejap iphone 4S, yang sorang blackberry torch..meleleh tak air hidung??..kompom!..

Ikut rasa binasa...(nasihat saya pada diri sendiri).

Jangan!..jangan!...jangan terap kan dalam diri "Biar papa asal bergaya"..kelak melopong tak sude!..heh!

Berfikir sebelum mengikut nafsu..kita beli sesuatu itu kerana apa,

KEPENTINGAN??..KEPERLUAN??


Kalau ada duit lebih, boleh..sesekali manja kan diri..kira rewardlah bila dah menghempas pulas kerja kan...siapa lagi nak manja kan diri kita, kalau bukan diri kita sendiri...cuma, beringat..kita susah tak siapa yang nak jeling, barang-barang yang kita beli tu..bukan boleh bagi kenyang perut..

Pengalaman dik, pengalaman banyak ajar saya menjadi dewasa. Pengalaman dengan duit RM 2 nak makan apa dan kita tak sepanjangnya sihat dik, berjimatlah.

Saya tak mati dek keji, tak hidup dek puji.

*Jom kita berkogsi sedikit apa yang diterjemahkan sebagai KAYA, dipetik dari Majalah Solusi, KAYA ANTARA REALITI DAN ILUSI - Pahrol Mohamad Juoi.

Kaya macam mana yang kita nak dalam kehidupan, wallahualam.

1. Kaya Dalaman

Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tingi,ketenagangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.

2. Kaya Kesihatan

Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam mengejarnya.

3. Kaya Perhubungan

Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga diutamakan kerana disitulah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.

4. Kaya Legasi.

Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesan oleh orang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara biasa-biasa sahaja, tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.

5. Kaya Kerjaya.

Kerjaya menjadi sangan penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.

6.Kaya Pengalaman.

Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan dan lain-lain akan memberi kita rasa "kekayaan" yang sukar untuk digambarkan.

7. Kaya Ekonomi.

Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang kita boleh membantu meringakan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.


Orang kaya pun tak selalunya bersenang hati, orang miskin tak sepanjangnya merintih diri.

-iwsk-

14 comments:

  1. membaca itu jambatan ilmu
    teruskan membaca :)

    ReplyDelete
  2. cek aen : ayoh! ayoh!...naik jambatan...weee :)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah...

    kalau boleh nk jadi kaya semuanya lah..ok tak????

    ReplyDelete
  4. NzA : Salam Kak, boleh jek Kak klu nak kaya semua, anak-anak pun harta kan Kak..dah kaya lah tu kak...hehehe

    ReplyDelete
  5. KAYA TAK SEMSTINYA TERLETAK PADA HARTA BUKAN? :)

    ReplyDelete
  6. nak semua kaya diatas termasuk kaya roti ekekeke

    ReplyDelete
  7. acheeqa farhana : yup, harta bukan kekayaan mutlak... :)

    ReplyDelete
  8. niesa : boleh!boleh! dear...kaya roti cap Seri Kaya..sedappp..hehehe

    ReplyDelete
  9. Nak kaya dari segalanye di atas tu.. ^_^

    ReplyDelete
  10. kaya tapi hati dgn tuhan..yg tu m mg hebat r..

    ni2..apakata kasi tukar komen box..haaa..jadi popup

    ReplyDelete
  11. Dulu terikut2 jgk dgn mmber2 yg pki brg2 maha, terasa nak brg2 mahal..tp sekrg da xkisah..cekau suatu brg tu ikut kemampuan...

    klo dpt 7 kekayaan tu alangkah indahnya hidup..so, sentasalah berusaha ke arah yg lebih baik..

    ReplyDelete
  12. tu la kalau tengok orng masuk kedai2 bejenama..waaahhhh bestnya dia hidup kaya..

    tak pe la belanja ikut keperluan..jgn sampai hutang keliling pinggang..

    ReplyDelete
  13. betul tu,ukur baju kt badan sendiri..biar tak bergaya,biar tak kaya, janji berpada-pada.hehe..

    ReplyDelete