Mereka Besh - i Follow

Friday, 30 December 2011

Kisah Berkisah 2011.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir, salam diucap pembuka bicara...

Holaaa!...hope kita korang semua happy je okes.

Menjelang 24 jam berminit bersaat, kita nak menyambut tahun baru...2012..

Maka, segala yang terjadi di 2011 akan tertinggal disana, tertinggal namun mesti ada yang tersisa dan kita usung ke tahun baru.

Ntahlah, sebenarnya ada cerita yg nak diceritakan tapi rasa mcm, huh!...buat sebak dada je, :(

Tak apa, kita abaikan semuanya itu, tinggalkan aja rasa sakit hati itu, ubatlah sendiri, kelak "dia besar, tahu lah dia akan erti sebuah kasih sayang". Allah itu Maha Adil Dan Maha Penyayang, seriyes..saya sedih sgt dgn "petikan" itu, menangis sampai menekup bantal ke muka..menjerit...Ya Allah, sampai hatinya, kamu menulis seperti itu, tak apa lah...nasi dah jadi bubur, namun masih boleh dimakan dan enak bila divariasikan dengan aneka lauk, tak lah tawar hebeh!.

2011, tahun yang penuh dengan Rasa..pelbagai, macam-macam rasa..kejap masam, kejap pahit, kelat melekat, namun selalu ada manis, hujung-hujungnya...sedikit rentetan beberapa peristiwa yang begitu terkesan.

January, 2011

Happy sangat, menjalani sesuatu hubungan..bilamana mengjangkau ke tahun ke 4 dan bilamana "dia" datang sendiri dengan tanpa paksaan, tanpa desakan sesiapa, malahan saya sendiri.."dia" datang dengan niat yang hubungan ini nak ditamatkan dengan Ijab & Qabul..suka bukan??..giler tak suka, tapi...saya hanya mendengar tiap-tiap butir bicara "dia" tanpa berkata apa-apa, tapi dalam hati..Allah je yang tahu..suka gilerrr!!..senyum dah hati ni, tapi...muka mantain...satu ayat sahaja saya ucap untuk membalas semua kata-kata "dia", yang panjang lebar mukadimahnya tadi... "Aku tak pernah paksa, dan tak pernah desak...kau sendiri datang dan bagitahu semua ini, apa yang keluar dari mulut kau ni, aku ANGGAP SEBAGAI JANJI"...katanya, "InsyaAllah, bukan waktu terdekat ini, beri sedikit masa, bisnes pun baru nak berkembang, biar semuanya lancar dulu"..saya pulang, senyum kambeng...malam tido tak rasa, sebab, tak sabar nak tunggu siang...weeee :), luv luv pun bertaburan.

Mac, 2011

Saya buat pertama kalinya sejak terakhir masuk ke hospital masa berumur 12 tahun, peh! berbelas-belas tahun gaks, alhamdulillah, kesihatan yang diberi Allah s.w.t, namun 2011...saya masuk hospital agak lama...saya check in 6 hari di wad biasa dan 1 hari di ICU, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, kerana...Vertigo dan operation Tonsil..mula sakit tu, ingat keracunan makanan..tapi, duduk sensorang ni, dan mengalamai Vertigo..Ya Allah, maha hebatnya dugaan, sakit ini sangat menguji...keadaan sekeliling menjadi tonggang terbalik, serasa naik kapal laut dan dilambuk ombak rasanya, tak mampu berdiri berjalan, tak mampu membuka mata, muntah berkali-kali, sampai dah tak ada isi perot yg nak dimuntahkan lagi, namun..saya punya kasih sayang dioffice ini...dan kasih sayang dari "dia"..sebak dada..bilamana, saya tak mampu berdiri,berjalan ini...dicepung "dia" masuk dlm kereta dan hantar ke hospital...Mak, cakap..keluar semua urat "dia" waktu angkat saya..peh!..saya ini bukan ringan orangnya..berat berkilo-kilo.. :)

Tahu, ketika saya di ICU usai operation Tonsil, keluarga, kawan-kawan, "dia" datang..Mak jangan cakaplah, genap 14 kali bertemu membaca Yasin dari mula masuk dewan bedah sehinggalah selesai operation, besar sungguh pengorbanan Mak pada saya...tak terbalas rasanya, tak pernah Mak tinggalkan saya selama saya dihospital, mampu ke saya kelak membalasnya??...Ya Allah :(

Saya tahu "dia" sedih tgk saya yang terbaring tak mampu bergerak, bantuan pernafasan diberikan sebab hidung saya bahagian dalam juga turut dioperation kerana, tonsil telah naik ke belakang hidung, dan..buat pertama kalinya, setelah hampir 1 tahun lebih, saya tidak berjumpa dengan Adik kesayangan saya, tapi..kerana sakit inilah, kerana saya masuk hospital, lalu...adik saya datang, datang dengan penuh kasih sayang, buat pertama kalinya, saya bertemu dengan adik, yang 100% berubah dari segi penampilan..tiada lagi seluar jeans, tiada lagi t-shirt, tiada lagi sepit rambut, tapi, Adik berdiri disisi saya dengan "Niqab"...basah niqabnya tika mengusap-usap kepala saya, saya?..hanya air mata yang mampu mengalir, tanpa suara..tanpa pelukan, rindu dlm hati ini, Allah sahaja yang tahu..C..Allah berikan saya ujian sakit, tapi..dalam masa yang sama Allah kembalikan adik saya ke pangkuan saya, adik yang saya berkongsi segala kisah, adik yang saya suap, adik yang kahwin dirumah saya, adik yang manja, adik bongsu kesayangan mak abah saya, adik yang saya jaga anak-anaknya sejak dari dalam perut lagi, Maha Besar Allah lagi Maha Penyayang..

April, 2011

Saya dan "dia"..menjauh, ntah kenapa..ntah dimana silapnya,saya juga punya silap, banyak silap dlm hubungan ini mgkin,perempuan..biasalah kan, tapi kata "dia"...cukuplah, kalau selama ini "dia" membebani saya dengan segala macam masalah "dia"...masalah kedai, masalah family, masalah dirinya sendiri..katanya, betapa teruknya "dia", ketika saya sedang sakit teruk pun, saya masih lagi...membantu "dia"..Ya Allah, saya ikhlas tanpa pernah rasa terbeban, tapi...tak apa, saya pun tak berapa sihat, MC sebulan..lalu semuanya terbiar macam tu sahaja...tapi, masih on off..on off.."dia" kerap msg, nak menyatakan isihatinya, betapa penatnya dia bekerja, uruskan kedai, betapa laparnya dia, betapa itu dan ini, dan dia mula belajar pergi membeli barang seorang diri, mencari barang keperluan tanpa adanya saya menjadi tukang pilih, menjadi tukang komen.."tak, okes".."baju ni sesuai".."kasut ni okes"...4 tahun, bukan mudah bukan nak membuang, sesuatu yang tersebati dlm diri, dlm hidup seharian..saya,seperti biasa...kata-kata semangat buat dirinya, saya tak nak dia terjatuh,tersungkur dengan apa yang dia usahakan sekarang ini. Saya nak dia menjadi seseorang pd masa hadapan, sebab itu..saya tidak pernah, mempedulikan, keadaan saya masa dengan dia, masa saya dengan dia, penat saya dengan dia, sedih saya dengan dia, terlukanya saya dengan kata-kata dia, menangis saya kerana sikap dia, sakit saya..tak, saya tidak pernah peduli!!..Adakala, bila pandang muka dia, saya selalu bisik dalam hati..andai Allah perkenankan, biarlah dia jadi imam saya, sebagaimana dia mengimamkan solat kami, biarlah saya yang merawat dia, tika dia sakit nanti, biarlah saya yang melayan kerenahnya, bilamana dia tua nanti, kerana saya terjatuh dalam cinta dia yang Cintakan DIA dan KekasihNYA.

September, 2011

Hari raya, semua insan bergembira...

Namun, disaat kami berkeluarga menyambut hari kemenangan ini..pada hari raya ke 4, kami berkeluarga..sebelah Arwah abah, telah diuji Allah s.w.t, dengan seberat-berat ujian, yakni..kehilangan sepupu yang sangat baik..pada Hari Jumaat, 02/09/2011..lebih kurang 2.00 ptg, kerana kemalangan, dan yang paling berat buat kami..kerana 03/09/2011 raya ke 5, adalah hari pernikahanya. Kemalangan terjadi di lebuhraya utara selatan, 5 kilometer Sedenak..Ya Allah, kami dirumah yang sedang sibuk, nak menghantar beliau esok ke majlis pernikahan, rupa-rupanya..menghantar beliau ke pengrehatan buat selamanya. Dia Mohd Jamal Ambok Intang, abang sepupu yang sangat baik, banyak bekerja dari bercakap, kami..bekerluarga, orang-orang sekeliling, kawan-kawan beliau...susah benar nak mencari..apakah, perkara yang menyakitkan hati kami, yang beliau lakukan..susah benar, teringat ketika saya keluar hospital, dialah yang menjemput, dia juga datang menjenguk tika saya sakit..malahan..orang-orang kampung..rata-rata bercerita tentang kebaikkan beliau, pintu pagar surau yang beliau buat, mgkin menjadi amal buat dia,insyaAllah..namun..janji Allah itu pasti, tidak cepat dan tidak lambat walaupun seminit, semoga rohnya dicucuri rahmat, aamiin..al-fatihah.

Oktober, 2011

Akhirnya, "dia" pergi dan membiarkan janji itu, saya sedih...yup, sangat-sangat sedih...tapi, tiap-tiap kali saya rasa kesedihan itu seakan-akan menikam-nikam jantung, hati saya, saya menagis sekuat hati dan saya jadi semangkin kuat, walaupun tak mudah melupakan apa yang kami jalani sebagai sahabat rapat 4 tahun, tak apa lah, saya biarkan semua, walaupun mula-mula..bertalu-talu msg saya pada dia, tapi..dia tetap diam seribu bahasa, msg diabai, call diabaikan..dan saya tegar...saya pasrahkan..menyerahkan semuanya pada DIA, air mata ni, adakalanya laju macam air paip...sakitnya Allah shja yang tahu, tapi..saya tetap senyum dan jalani hari-hari dengan biasa, biar orang lain tgk saya kuat, walaupun saya ini rapuh sebenarnya...tapi, saya percaya...jika kita bentuk kekuatan jiwa...insyaAllah, fizikal juga akan jadi kuat..Jiwa umpama akar pada jasad, walau jasad lemah, andai Jiwa kuat...kita masih mampu mengharungi semua ini..ibarat, senyum dalam tangisan...mana tahu kan, kelak..tangisan ini menjadi...tangisan gembira...Pasrah itu menyerah, Redha itu ikhlas feeling Ombak Rindu...Kenangan itu takkan saya bunuh, akan saya simpan dalam suatu lipatan..kemas-kemas..manalah tahu, suatu hari nanti..perlu saya buka lipatan itu semula.. :)

Apa pun yang terjadi..kan tetap terjadi..mungkin semua ini takdir buat diri saya, dari satu takdir ke takdir yang lain saya melompat, entah kenapa...mungkin juga, manusia yang banyak khilaf macam saya ni, diberi ujian..Sebangai Teguran, dalam mencari diri..dalam saya cuba perbaiki diri sehari kesehari, ujian sering datang..sampai satu tahap, saya malu nak minta dengan DIA, sebab..saya tahu, saya ini tidak layak...saya cuba menjadi anak yang baik, adik yang baik, kakak yang baik, makcik yang baik, sahabat yang baik, kawan yang baik, jiran yang baik, masyarakat yang baik, diri sendiri yang baik...saya cuba, dan terus mencuba.

Saya ini manusia jahil, banyak kekurangan dalam hidup, walaupun saya cuba..untuk menjadi yang terbaik...saya sedar, itu masih belum cukup..walau saya sering korban kan kebahagiaan saya, untuk mereka-mereka yang saya sayang, mungkin ianya belum memadai buat mereka...saya ini manusia yang terlahir miskin, saya ini manusia yang tak punya apa...saya ditinggalkan arwah abah tanpa harta, saya selalu salah..dengan tak punya harta, tak punya jawatan..kerana saya tak sekolah, saya tak ada SPM pun, yang saya ada cuma besarnya kasih sayang, pada mereka-mereka yang hadir dalam hidup saya, walaupun saya selalu tak dapat kasih sayang dari mereka semula, saya terima walaupun mereka balas saya dengan cerca, dalam hati jiwa saya, tetap penuh kasih sayang buat mereka...biarlah, saya tahu...ini mgkin semua teguran kasih sayang Allah pada saya...saya terus belajar menjadi manusia, menjadi insan yang dipandang Allah s.w.t.

Cukuplah, makin banyak yang saya repekkan nanti, mungkin makin muak nak dibaca...Biarlah yang lainya, disimpan dalam lipatan :)

Hati sedih ini, biarlah saya rawat, dengan kekuatan DOA dan ketentuan Masa yang terus berjalan, selagi saya masih bernafas dibumi sebagai penumpang yang menunggu masa berhenti diperhentian.

Buat "dia", saya selalu doakan yang terbaik, mencapai apa yang diinginkan dalam hati, menjadi sesorang yang berguna untuk agama dan keluarga kelak, walau terkadang saya curi-curi memandang ...memandang kedai...manalah tahu, nampak kelibat kamu...fuhh!!...mesti bahagia kan...hurmm!, kata teman-teman...lupakanlah, dia tak pernah ingat kat kau pun...hehehe, tak kawan..saya tahu, dia tak pernah lupa pada saya..saya yakin itu.

*Terima kasih Allah, walaupun saya ini tiada SPM, rezeki Allah selalu ada buat saya dan saya masih mampu membina sesuatu kejayaan, buat diri sendiri diperingkat saya sendiri...syukur.

Kita kutip, kisah berkisah 2011 lepas dengan seribu nikmat, mungkin ada Indah menanti 2012, insyaAllah..aamiin.




2012..Selamat Datang Tahun Baru Bulan Melayu


-iwsk-

Friday, 23 December 2011

Ikatan..Itu Masih Tersimpul.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Rindu adakalanya datang menjengah, terlalu sukar bukan hendak mengikis sesuatu yang sudah bersatu sebati dengan kita, samaada kasih sayang, kebencian yang diundang, namun..bukankah kita dituntut menjadi pemaaf...itu masalah hati.

Aku memang Rindu kan kau, mengigit-gigit rasanya rindu ini. Bak kata orang dulu-dulu, nampak bumbung rumah pun jadilah, tapi..saya tak nak nampak bumbung, nak nampak muka dan susuk tubuh, kerna nak tahu..sehat kah kamu??..

*picture kredit to google & photobucket images*


Lama tak borakkan, lama tak keluar makan, lama tak bergaduhkan!..oh!..Rindunyaa!, Ya Allah :(

4 tahun..ini terlalu lama tak jumpa..bila?..kerana waktu memisahkan kita, sementara atau selamanya??..Entah!.

Sahabat??..kita semua ada sahabat kan, seronok??...yea, seronok dan adakala juga pahitnya, adatlah..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula, manusia.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

*Menghabiskan sisa-sisa cuti tahun...Khamis baru naik kerja...walauweii, seronoknya..eh! cuti ada lagi..forward ke tahun depan..yeeaahaaa!..senyum sampai telinga :) *

-iwsk-



Thursday, 22 December 2011

Penilaian.Menengah.Rendah

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Ohyeahhh!!

Hari ni, keputusan PMR keluar.

Keptusan PMR saya??..hahaha, jangan tanya okes!..boleh buat meraung 7 hari 7 malam..hak! :)

Ini kisah berkisah.

Saya mempunyai 3 orang anak saudara, dan seorang sepupu yang akan memegang keputusan itu hari ini.

Anak abang-abang dan kakak...Syukur, alhamdulillah..keputusan masing-masing memberangsangkan.

Buat Ariff Aiman dan Redzuana Atiqah, tahniah coz dapat 8A, buat Amira Athira tahniah juga, walaupun hanya dapat 1A...jangan sedih okes, ini titik permulaan, bukan bermakna hari ini kita gagal, esok lusa akn datang kita terus gagal, lainlah kalau kita memang NAK gagal..fokus lebih jauh dari sekarang untuk SPM, chaiyok!.

Buat sepupu, tak tahu..sebab belum ambil, bercuti ke Penang belum balik lagi, okes, kita tunggu!

Budak-budak zaman sekarang, nak genggam A..mudah sangat, adakala tengok mcm biasa-biasa je, buku jarang selak pun, tapi tetap dapat A...minum susu apa yea, boleh jadi bijak-bijak. Syukurlah, itu anugerah jangan dipersia.

Tapi, acik pasti untuk PMR ni, masing-masing berkerja keraskan, memerah otak untuk buat yang terbaik..dan hasilnya kalian tuai bukan.

Apa pun, jangan "meninggi" dengan keputusan yang diterima, jangan pandang remeh atau pandang tak pandang dengan mereka yang keputusanya tak berapa cemerlang..sebab, belum tentu mereka ini..akan terus begitu dalam peperiksaan. Luas lagi, panjang lagi perjalanan..beberapa jenis peperiksaan lagi yang akan ditempuhi dan diuji.

Kita, bagus menjadi padi..berisi..menunduk diri...tak bagus untuk menjadi seperti lalang, tinggi berdiri tapi kosong tiada erti.

Tahniah, anak saudaraku...acik doa kan kalian terus maju dlm pelajaran, serta menjadi anak-anak soleh dan solehah. aamiin Ya Rabb.

*Red...nice blog!..letak nuffnang lah wat duit poket..weee!*

-iwsk-

Kehilangan Yang Meruntun...Kembang ai lap u.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir, salam diucap pembuka bicara...

Malam sudah larut menjengah ke pagi, mata masih bersisa airnya,hati masih berbekas kasihnya.

Kalau memang sudah takdirnya begitu, akur lah dengan qada dan qadar.

Kadangkala...kehilangan itu mengajar kita, erti sebuah kerinduan dan erti sebuah penghargaan.

Semalam...21/12/2011...saya cuti dari bekerja.

Sudah 3 hari 2 malam kampung saya di benut dilanda banjir, kasihan mak dah penduduk yg lain, terpaksa berpindah ke surau kampung, yang memang selalu menjadi tempat pemindahan sementara bila banjir.

Mak cakap air naik sampai paras betis, tinggi juga. Masalah bila banjir ni, bilamana nak buang hajatlah...takkan nak buang hajat kat tandas yg dah bergenang air...habis terapung semua goreng pisang????...faham faham sudah, tak lalu pula nanti bila dirungkai panjang lebar.

Mcm biasa bila dah banjir, bantuan akn datang mencurah...alhamdulillah, kampung saya kalau bab bab kebajikan org kampung,jarang sekali terabai...sebab tu umno jaga baik punya!

Syukur, buat masa ni mak dan ahli keluarga lain dan org kampung yg ditimpa musibah, masih dlm keadaan selamat. Makanan pun cukup,dah ramai ramai kat situ...hujan hujan, makin sedaplah makan...kan.

Tapi, apa yang buat saya luluh jiwa, menangis macam orang baru lepas putus cinta, adalah kerana...uhuhu, sebak lah!...(tadah dgn baldi..okes)

Kembang....kucing saya hilang...lama sudah saya tak rasa perasaan sedih mcm ni bila hilang kucing, sbb saya bkn peminat kucing namun bukan juga pembenci kucing, seawal saya sudah pandai mengeja...saya cuma pernah rapat...erk! Lain macam je...tak, saya punya perasaan terlalu sayang pd kucing hanya 2 kali..dulu masa sek.ren..Sitam namanya,

Sitam dtg tak dijemput pun kerumah saya,dtg disaat maghrib dibulan puasa diwaktu hujan lebat...sudah hampir 20 tahun, tp syukur..Allah menganugerahkan saya memori yg agak baik. Mengiau ngiau dia depan pintu...Arwah abah saya yg mempersilakan sitam masuk, sejuk mengigil basah bulu dgn badan yg kurus, sitam masih kecil masa tu, bulunya hitam tanpa ada setitik pun warna lain, oleh kerana sitam jenis yang tahu diri,tak sombong,pandai ambil hati dan yg utama, buang hajat kat luar..tak pyh ajar, tahulah dia.

Lalu Sitam menjadi kesayangan saya,abang dan adik...abang abang dan kakak yg lain, sudah dewasa, dan berhijrah konon dah habis sekolah, tak bujang lah duduk ngan mak ayah tak kerja kan...hakhakhak.

Sayangnya dgn sitam ni, Allah je yang tahu..pernah satu ketika, hujan petir..guruh...kami 3 beradik kat kantin...mak saya meniaga kantin sekolah..gundah gulana dibuatnya, teringatkan sitam dirumah...takut kena petir. Gigih abg dan adik saya balik hujan hujan ambil sitam bwk ke kantin. Namun, sitam tak lama duduk dgn kami, cuti sekolah,kiteorang balik kampung, tak sanggup nak tinggalkan sitam seekor ekor kat rumah kami di tenggaroh, mersing...so mint izin abah n mak nak bwk bali kg.

Molek je perangai dlm keta, letk dlm beg kotak..Sitam jd kesayangan nenek dan pakcik saya. Tapi, sitam mati dimkn ular sawa.

Tertonggeng toggng saya nangis, lagilah raskusnya..sbb budak kan.menangis..buruk!

Hari ni, masa say call mak tanya, mk ckp Kembang dah mati...anak saudara saya jumpa kaki kembang sebelah. Ya Allah...sentap, jntung ni mcm nak gugur...hati mcm nk pecah rasanya...sedih sgt!..mcm sitam, kembang baik..walaupun sedikit demand, tak makan nasi,tak mkn friskies,tak mkn ikan mentah atau goreng,klu ikan tak siang pun...huh, mandang ajlah..dgn muka tak puas hati, ikan pun memilih...kembang cuma makan ikan rebus yg dah siang...bulu dia kembang, walau kucing kampung,tapi bulu mcm kucing parsi, maaf saya tak pernah amek pic kembang....sifat manja dan fhm bahasa yg buat kiteorang sayang pd dia..kembang juga seekor romeo.

Kembang klu sakit bila gaduh, pandai dtg dekat,minta urut,saya selalu letak minyak gamat. Kadang kadang bila mak saya tgk dia bring je mcm tk larat,mak saya pegang kepala dia..klu panas, mak saya bg kembang mkn panadol..syukur, sehat je pastue...ngada ngada dia yang buat terhibur, seru lah nama dia..cecepat di dtg tergolek depan kita..uhuhu

Masa saya call mak tnya dah jumpa belum saya dlm bas, mk ckp je dah mati..saya menangis mcm org mati laki..uhuhu,tak pnh mati laki...sbb belum kahwin, seriyes.tak bleh bendung...budak tepi saya, muka pekat melekat mcm cuka..penuh tanda tanya...lalu

`kenapa kak nangis?`...uhuhuhu...sroottt!sroottt!...dgn suara mcm org kena sedu..`kucing akak mati`....

`lah kucing mati, ingat siapa yang meninggal,akak nangis mcm ni sabar yea kak...dah ajal dia`....senyummmm.

Eh ek budak senyum sindir nmpak...dia tak rasa, apa saya rasa...bukan dia yg bela kembang..ntahlah, hati ni mcm..mcm, huh!

:'(

*Sitam & Kembang...with Love from Johor not Taiping.

~iwsk~

Friday, 16 December 2011

Perkahwinan yang Menidakkan Fitrah Allah..semoga Ariff diberi Hidayah.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Astaghfirullah...mengucap panjang dan sedih sangat bila baca berita ni.

Maaf, bukan niat nak bukak aib sesiapa, cuma nak kita renung dan fikirkan, kat mana salahnya sampai jadi macam ni.

Pagi tadi dengar juga radio, berita kehilangan Ariff ni dah ditemui, tapi mengikut Duta kat Ireland tak bleh nak cakap apa sebab, menghormati undang-undang pelajaran Ireland..klu tak silap.

Dan, tetiba..tengah dok sibuk google jengah-jengah blog, facebook..tetiba kuar cerita pasal Ariff ni. Ya Allah!

Dengan segak bertanjak dan berbaju Melayu...Ariff menyarung cincin dan bercium dengan pasangannya Jonathan..mgkin selepas melafazkan ikrar perkahwinan.

Apa perasaan si Ariff ni kan?...tak terbayang ke wajah Mak, wajah Ayah..wajah keluarga, yang mencari dia selama 3 tahun hilang tanpa berita (klu tak salah info ek). Dan sekarang khabarnya, keluarga menanggung hutang saman dari Petronas, Ariff ni pelajar tajaan Petronas, pandai je tapi akal cetek letak kat tapak kaki..

Ya Allah..betul-betul Allah uji Mak Ayah Keluarga dia dengan seberat-berat ujian, harap diberi kekuatan menerima semua ini sebagai ujian kasih sayang Allah pada Mak Ayah si Ariff ni.

Ariff mgkin sekarang dia sedang menikmati saatsaat manis alam perkahwinan..Astaghfirullah..tak ingat ke dia akan, azab Allah, tak takut ke dia andai ajal menjemput tika dia belum lagi sempat bertaubat kembali ke fitrah. Ya Allah, berikanlah Ariff dan Jonathan ini petunjuk hidayahMU Ya Allah.

Sekarang, tempias kena kat mak ayah dia..mungkin dipersoalkan, kenapa? mengapa?..sedangkan, mak ayah dia pun tak nak Ariff jadi macam ni. Ariff buat taik, mak ayah dan keluarga yang terpalit berbau busuk kat Malaysia ni.

Kalau boleh, janganlah memaki hamun..memalukan mak ayah si Ariff ni..sebab, mungkin bila tersebarnya berita ni, malu dah tak tertanggung lagi oleh mak ayah dia. Lagipun, mak ayah mana yang tak sayang anak, tak kasih kan anak, sebab tu mereka usaha mencari, namun..sedih!..bila pencariannya berakhir dengan berita...anaknya sudah berkahwin...mgkin kalau berkahwin dengan Minah Saleh..mak ayah dia ok lagi..tapi, bila Ariff berkahwin dengan Lelaki bernama Jonathan, luluh tak hati mereka...pasti!.

"Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa"


Semoga Allah memberi hidayah pada kita, pada Ariff dan pada mereka yang telah membelakangkan Fitrah Allah s.w.t...aamiin.


-iwsk-

Radio..Macam-Macam.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Sesejak akhir ni, saya rajin dengar radio malas tengok tivi.

Saya kadangkala mcm nak tergelak sambil tampar gigi, bila dengar orang selalu call radio..luahkan perasaan.

Eh!..bukan tak boleh, cuma ada sikit macam...hummm..pelik!..sebab, kadang-kadang luahan tu..entah apa-apa..samaada marah dengan jiran sebelah, yang pinjam senduk tak reti pulang, atau member pakai stoking seminggu tak basuh main campak je kat tepi sofa rumah sewa, tak pun masalah suami isteri ni.

Bab meluah-luah ni adakala pagi, kadang-kadang segmen tengah malam. Macam-macam.

Mengadu hal rumahtangga.

Memang kena call radio ke..memang kena mengadu ke kat DJ..owh!.DJ boleh setel ek?..okes, bg pendapat boleh..tapi, yang dok dengar ni..kau mengadu yang laki kau tak balik, konon ada skandal kat belakang, kau dah intip, kau dah google blackberry dia dan kau dah sediakan blackbelt nak bantai laki kau bila balik nanti..hello!..tolonglah, jangan lah rendahkan diri sendiri mcm tu sekali, DJ dengar mmg dengar..klu tak dengar..merundum plak ranting pendengar..paling koman..tuutt..tutt..terputus talian daaa.

Kalau besar sgt masalah sampai dah tak reti nak cari bahu lain nak selesaikan, bawak2lah jumpa kaunseling ke apa...tak manislah menceritakan perihal dalam kain ke luar kain..haish!

Ada juga, yang call nak tuju lagu...

"Saya nak tujukan lagu pada..polan si polan, dengan pertanyaan, tengah buat apa tu??"..ERK!.

Untunglah kalau kawan dengar dan call balik.."buat polan yang tanya tadi, aku tengah yakyak! masa kau tuju lagu tadi"..hak!

Tak kurang juga..yang nak beri ucapan pd sikekasih hati.

"Buat pakwe/makwe saya polan si polan, yang berada di Madasgascar...dengan ucapan,dah makan belum?? saya sayang awak..muaahhmuaahmuaaah!"..ERK!?

Love.love..love pun berterbangan terbang hinggap kat pipi kekasih hang tu.

Tepuk kapla lah!.

Pelik, saya memang pelik..atau memang saya sahaja jakun dengan situasi mcm ni, yelah..kita tak pernah call radio..so tak dapat rasa keterujaannya tu mcm mana kan.

Haish!..macam-macam hal.

*sengeh*

-iwsk-



Thursday, 15 December 2011

Ahad punya Cerita

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Alhamdulillah, bersua lagi kita dihari Khamis, makwe kepada Jumaat.

Happy tak korang??...happy lah, janganlah bermuram durja...lepaskan semua perasaan durjana, untuk sedikit rasa gembira untuk kita merasa, oh!..dunia..indahnya!..walaupun ianya bersifat, sementara..tak kekal lama.

Kalau dok membawa hati lara ni, entah bila kan berakhir..mungkin, sepanjang usia akan berfikir dan terbelengu...ini lah neraka sebenarnya...oh!, tidak!..(tekupmukadenganbantal).

Ahad lepas, 11/12/2011..selesai sudah satu majlis pertunangan seorang sepupu..Cik Hamizah Halim, alhamdulillah..1 fasa dah lepas, tinggal 1 fasa lagi sebelum bergelar isteri, semoga mengharungi detik-detik manis alam pertunangan dengan rasa syukur dan belajar demi menjadi seorang yang matang, cemerlang untuk masa depan, alam rumahtangga, yang kata orang tua.."Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri"...insyaAllah..teraplah ilmu rumahtangga dengan mak ayah, yang sememangnya memberi contoh terbaik.

Dan saya menjadi tukang make up je, weee..bukan pandai sgt pun, tapi boleh lah sekadar menconteng sikit-sikit, lagi pun utk majlis bertunang je pun, boleh lah..Saya kejap-kejap jd make up artis..kejap-kejap jadi photographer, kejap-kejap jadi mak jemah kat dapur...serba bolehkan...hahaha, borang kosong dah dibuka...hakhakhak..*weeetakmalumehpomotdiri*



Maaflah hanya 2 pic gambar ni je yang berjaya diupload...adalah kerana, sangatlah lembabnya mengupload picturenye..aduyaii, kenapa ntah..abaikan je lah.

Encik tunang kepada Hamizah dan beberapa orang jiran tetangga yang datang pd masa majlis tersebut yang pertama kali melihat kami, lalulah menyangka yang saya dan Hamizah ini adalah adik beradik, katanya..muka kami sama beriras...hakhakhak, kami adalah bersaudara sepupu..mak saya kakak kepada ayah Hamizah..so, mgkin kuah tak jatuh ke lantai, tapi tumpah ke meja lalu terkena ke pinggan yang berisi nasi...weee, Hamizah versi kuwus, saya versi...Ahli bina badan..weeee ;p, lagipun dia lebih cantik dari saya..uhuk!

*Terima kasih pd seseorang yang layan saya makan..ambilkan pinggan dan air..percayalah!..saya tak tahu yang itu KAMU?...waaa, cam nyesal laks!..*gatai*..eh! tapi nampak comel bila kamu berpaling malu sambil tersenyum bilamana saya tertanya pada pakcik kamu.."itu siapa?"...orang tua-tua klu ada kenduri, memang suka menjodoh-jodohkan yea..mengusik...hahaha, bergurau kan..ceria sikit suasana.. :p

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

"Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi."..

Info sisi..Gen-Q


-iwsk-

Wednesday, 14 December 2011

Dont Speak...Wednesday!!

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...


*picture kredit utk abg emsem..Google*

-iwsk-

Friday, 9 December 2011

Rugi??..Tak Rugi..Berbaik Sangka.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Jumaat penghulu segala hari, hari-hari yang lain pun baik..malahan semua-semua yang telah terjadi sejak azali dgn izinNYA adalah baik.

JIKA KAMU BELUM MENCAPAI BAIK SANGKA TERHADAP ALLAH LANTARAN KESEMPURNAAN SIFAT-NYA, MAKA HENDAKLAH KAMU MEMPERBAIKI SANGKA TERHADAP WUJUD-NYA KERANA WUJUD-NYA BESERTA KAMU. BUKANKAH DIA TIDAK MELETAKKAN KAMU MELAINKAN PADA YANG BAIK-BAIK DAN TIDAK MENYAMPAIKAN KEPADA KAMU MELAINKAN NIKMAT-NIKMAT-NYA.

Kita menggantungkan harapan dan hajat kepada sesama makhluk kerana kurangnya pengenalan (makrifat) terhadap Allah s.w.t. Apabila kurang kenal maka kita mengadakan sangkaan-sangkaan terhadap-Nya.

Sangkaan dibahagikan kepada dua iaitu sangkaan baik dan sangkaan buruk.

Sangkaan baik datangnya dari iman dan sangkaan buruk datangnya dari keraguan. Corak sangkaan terhadap Allah s.w.t itulah menentukan haluan hajat dan harapan. Jika kita menyangkakan ada makhluk yang mampu menyampaikan harapan dan hajat kita maka kita bersandar kepada makhluk. Jika kita menyangkakan makhluk tidak berdaya maka kita tidak bersandar kepada makhluk. Perkara sangkaan ini masih lagi di bawah persoalan Iradat dan Kudrat Allah s.w.t.

Sangkaan baik dibawa oleh malaikat dan sangkaan buruk dibawa oleh syaitan.

Kedatangan sangkaan buruk adalah tanda rohani kita masih terikat dengan alam dunia yang diselubungi oleh cahaya syaitan. Syaitan berada di bawah bumbung langit dunia dan rohani kita juga berada di bawah bumbung yang sama, maka syaitan boleh menjadi kawan dan juru nasihat kepada hati kita. Selagi rohani kita tidak melepasi kongkongan langit dunia selagi itulah gerak hati atau lintasan yang dibawa oleh syaitan mengganggu hati kita. Tujuan latihan kerohanian ialah memberi kekuatan kepada rohani agar ia dapat naik melepasi langit dunia, lalu lepaslah ia daripada taklukan syaitan. Lintasan syaitan tidak lagi mengganggu hatinya, sebaliknya hati akan menerima lintasan malaikat.

Apabila kita memahami tentang hakikat sangkaan buruk maka kita akan berusaha membuangnya agar ia tidak melekat di hati kita. Kemudian sangkaan itu digantikan dengan sangkaan baik. Bagi kita orang awam, baik sangka terhadap Allah s.w.t dibina di atas kesedaran terhadap nikmat-nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita. Nikmat yang kita terima daripada Allah s.w.t tidak pernah putus sejak kita mula dijadikan hinggalah ke detik ini.

Dalam surah al-Mu'minuun ayat-ayat 12 hingga 14, Allah s.w.t memberi gambaran yang jelas tentang kejadian manusia, supaya manusia menginsafi nikmat yang diterimanya tanpa diminta dan Allah s.w.t memberi nikmat dengan sebaik-baiknya. Maksud firman-Nya itu ialah: Dan sesungguhnya Kami jadikan manusia dari air yang tersaring dari tanah. Kemudian Kami jadikan dia setitik mani di tempat ketetapan yang terpelihara. Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah, lantas darah itu Kami jadikan seketul daging. Kemudian daging itu Kami jadikan tulang-tulang. Kemudian tulang-tulang itu Kami baluti dengan daging. Lantas Kami jadikan dia kejadian yang lain. Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta.

Perhatikan maksud ayat-ayat di atas. Siapakah kita pada peringkat-peringkat tersebut? Apakah kita sudah ada ikhtiar dan usaha? Adakah kita sudah pandai berharap dan berhajat?

Tidak, ketika itu kita tidak memiliki apa-apa dan tidak mengetahui apa-apa. Dalam keadaan yang paling lemah dan paling tidak mengerti apa-apa itu adakah Allah s.w.t membiarkan kita? Adakah lantaran kita tidak berusaha dan berikhtiar maka Dia membiarkan kita kelaparan dan kehausan? Adakah lantaran kita tidak mengajukan harapan dan hajat maka Dia tidak memperdulikan kita? Tidak, sama sekali tidak! Allah s.w.t tidak sekali-kali membiarkan hamba-hamba-Nya.

Dia memberi perlindungan dan penjagaan tanpa diminta, tanpa diusahakan, tanpa diharapkan dan tanpa dihajatkan. Apakah ketika di dalam perut ibu sahaja Allah s.w.t memberikan kebaikan kepada kita dan menyekatnya apabila kita meluncur keluar kepada alam dunia ini? Tidak, bahkan nikmat kebaikan Allah s.w.t berjalan terus, cuma bezanya ketika di dalam perut ibu kita menerima tanpa kesedaran dan tanpa pengetahuan, apabila kita berada di dunia kita menerima nikmat serta kebaikan itu dengan kesedaran dan berpengetahuan.

Kesedaran dan pengetahuan itu membina sangka baik kita kepada Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t telah membuktikan Dia sanggup memberi tanpa diminta mengapa ia enggan memberi apabila harapan dan hajat ditujukan kepada-Nya? Hamba yang insaf akan yakin kepada Allah s.w.t dan dia akan bergantung kepada Allah s.w.t dengan baik sangka. Kesedaran dan pengetahuan terhadap kebaikan yang Allah s.w.t lakukan membuat seseorang hamba mengerti bahawa Allah s.w.t berbuat baik kerana Dia bersifat dengan sifat yang baik-baik. Kesan daripada sifat yang baik muncullah perbuatan yang baik.

Apabila kebaikan Allah s.w.t dilihat pada sifat-Nya, aneka ragam perbuatan yang sebahagiannya mengelirukan pandangan, tidak lagi memudarkan sangkaan baik seseorang hamba terhadap Allah s.w.t. Walaupun ada perbuatan Allah s.w.t yang kelihatan menekan hamba-Nya, tetapi Allah s.w.t yang sempurna sifat –sifat-Nya, dan semua sifat-Nya adalah baik belaka, tiada sebesar zarah pun yang tidak baik, mana mungkin boleh lahir perbuatan yang tidak baik daripada-Nya.

Jadi, baik sangka yang bersandar kepada sifat adalah lebih kuat daripada baik sangka yang terhenti pada perbuatan. Baik sangka yang bersandar kepada perbuatan masih menyembunyikan keraguan yang samar-samar iaitu rasa kurang senang dengan apa yang berlaku, seperti firman-Nya: Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu. ( Ayat 216 : Surah al-Baqarah ) Baik sangka yang bersandarkan kepada sifat akan melahirkan tawakal dan reda yang sebenarnya, sesuai dengan maksud: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. ( Ayat 1 – 4 : Surah al-Faatihah ).

Allah s.w.t sahaja memiliki sifat ketuhanan yang menguasai dan mentadbir seluruh alam. Sifat ketuhanan-Nya tidak berpisah dari sifat Pemurah dan Penyayang. Apa juga yang Dia lakukan kepada alam dan isi alam adalah dengan kasih sayang dan kasihan belas. Tidak ada kezaliman dan kejahatan pada perbuatan-Nya. Dia mampu menaburkan ke seluruh alam akan kasih sayang dan kasihan belas-Nya kerana Dia memiliki hari Agama, iaitu semua kehidupan, dunia, Alam Barzakh, akhirat, yang diketahui oleh makhluk, yang tidak diketahui oleh makhluk, semua khazanah dan segala-galanya adalah milik-Nya yang mutlak, tidak berkongsi dengan sesiapa pun. Lantaran itu hanya Dia yang disembah dan hanya kepada-Nya diajukan permintaan dan harapan. -syarah al-hikam.

*PUSAT SEMBER...EMAIL*

-iwsk-



Wednesday, 7 December 2011

Sepatah Dua Kata Di Hari Wednesday.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

*PUSATSUMBER..RANTAIAN EMAIL*





-iwsk-

Friday, 2 December 2011

Amekaw..hadiah!

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Pepetang dapat call, ada orang nak antar hadiah...hadiah dari satu syarikat berkanun...ops!..rezeki jangan ditolak ambil jek..terima kasih..*senyummanis*

Sekali sampai...erk!..hehehe, senyum jek saya..sambil garu-garu janggut..erk!..janggut ke?..cam bulu hidung jek..haish! senohonglah...pompuan k.

Sebab, tak tahu nak buat apa dgn mendealah ni..?


Lalu saya pun menjadi seorang pelangut..bukan pelaut..

Pelaut dapat gak hasil ikan..klu pelangut??..haha, terkebil-kebil mcm tertelan siput babi??..erk!..siput sedut lah!..hei!..mana boleh cakap babi lah!..babi kan haram!...mak marah tau cakap babi!...amboi!...cakap jek bukan makan?...tak baiklah, dosa!...okes, dah tak cakap babi dah!..eh!..taip je!..weeeee

Tapi yang ada berus tu tau, Screen cleaning kit..agak2 terdesak! berus blusher hilang, bleh gak pakai...2 in 1..jangan membazir kan..itu semua amalan syaitonirajimmm..erk!...ntahapaapa.

Nanti-nantilah..google mendealah ni nak guna kat mana..weeeee! *lompatbintang*

-iwsk-



Penembang Pokok Dan Kapak Tumpul

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Salam Jumaat penuh barakah, cuaca sejuk dek hujan sejak subuh...sesejuk hati hamba.

Keluar pagi balik petang, adakala sampai malam...kdg2 punya lah banyak kerja..menjelang ke pagi esok hari?..apa!..dah kenapa!..agak-agaklah bekerja...body nak pakai lama wey!..

Seharian kita keluar memikul tanggunjawab diatas batu jemala...masih terus sibuk kah kita??..Sampai bila kah kita nak jadi seperti seekor itik (ibarat) melenggang pulang petang..melenggang ke? bukan kita keluar dgn masalah dan pulang dengan masalah juga?..haip!..mungkin segelintir tak semua, masalah rumah adalah dilarang bawak ke tempat kerja dan masalah tempat kerja juga dilarang bawak masuk pintu rumah..begitukah??..

Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)


AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya. Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan.

Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya.

“Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan itu.

Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya. Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan tujuh batang pokok.

Hari ketiga pula, dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya.

“Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggungjawab hasil kerjaku kepada majikan?,” fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa.

Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu. Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi.

Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?”

“Mengasah kapak? Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu.

“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa.

“Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum. Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!” perintah majikan.

Sambil mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya.

Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirahat bukan bererti berhenti, tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar. Sama seperti penebang pokok itu, kita pun setiap hari dari pagi hingga malam hari, seolah-olah terjebak dalam kesibukan.

Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga sering kali kita lupa untuk berehat iaitu istirahat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan apa lagi soal spiritual, ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi. Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermujahadah.

Dengan ilmu sahajalah kita boleh berada di mana sahaja sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita. Ilmu bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian, malah ilmu diri kita sendiri.

Dari mana kita datang, di mana kita sekarang, apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia dan selepas ini ke mana kita akan pergi...Wallahualam.

*Pusat sumber - email*

-iwsk-

Thursday, 1 December 2011

Kosong!

Tika ini...

Jasad dan roh bersatu!

Rohani dan jasmani terpisah!

Galau hati!

Bisa!

Ingin ku teriak, tapi tersengkak!

Ingin ku hembus, tapi terkambus!

Ya Allah, ini perih buat aku hambaMU.

-iwsk-

Satu Haribulan Duabelas

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Hari ini adalah :-

1 haribulan 12 tahun 2011

1 bulan sebelum berakhir 1 tahun

1 bulan lagi menjelang 1 lagi tahun baru 2012

12 bulan menjadi 1 tahun penuh 2012

January hingga December 2011...syukur masih menumpang dibumi Allah.

*December belum berakhir..kalau dipanjangkan umur saya, insyaAllah bertemulah dgn 2012.

Saya, macam ada yang tersengkak...bantal menjadi pelepas tanggis.

Oh!..terlalu rindu...perlahan-lahan lah, jangan terlalu memaksa walau itu terlalu meyedihkan. Tak apa, sabarlah.

-iwsk-