Mereka Besh - i Follow

Tuesday, 29 November 2011

What??..

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Lama tak bertapa kat blog ni...rindu.

Datang jengah-jengah kejap, pastue blah, tak sempat nak meramas mesra...nak jelajah wilayah teman-teman pun..dicemburui masa.

Terima kasih, saya menang Contest tempohari.. muka paling sengal...dan hadiah pun dah habis..eheikkk!..contest anjuran adik-adik manis Aida & Adly, terima kasih daun keladi.

Esok-esok dtg balik kemari dan kalau ada kesempatan jengah kalian.

Jaga diri hiasi peribadi, selamat beramal.

Salam Muharram, 1433H.

-iwsk-

Saturday, 19 November 2011

Alhamdulillah..Inilah Harinya. :)

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

"Dialah yang menjadikan bumi kamu, Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan (ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)". (Surah al-Mulk:15).

Allah, terima kasih kerana masih memberikan saya keizinan untuk menjadi hambaMU diusia ini, dengan rezeki dan nikmat ini, syukur.

Arwah Abah dan Mak..terima kasih kerana telah menjadikan saya buah Cinta antara mak dan abah..suka!

Abang-abang dan Kakak serta Adik, terima kasih kerana menjadi penjaga , pembuli yang terhebat...weee :p

Kawan,Sahabat,Teman..Reality atau Alam Maya (Fb / Blog)..Terima Kasih kerana selalu berada disisi belakang saya, walaupun tanpa mata..tapi hati bertemu secara rohani di latar sekeping fb / blog.

Saya Ulang Tahun Hari Ini..yeaaahhh!!

19.11.2011


*Kek Tahun Lepas..hakhakhak!*


*happy!...usia dah bertingkat...weee*


Semoga Allah permudahkan urusan saya dunia akhirat, mencukupi apa yang kurang, melengkapkan apa yang masih tiada, mengurangkan apa yang berlebihan.Aamiin.

*Kat kampung..balik cuti kita jejak menapak blog kalian...terima kasih korang..yeahaa!*

-iwsk-

Thursday, 17 November 2011

Tanpa Tajuk..lalu Tanpa Tajuk Lah Tajuk nye.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Laporan kaji cuaca pada petang ini adalah : HUJAN DI KAWANAN KAWASAN SAYA.

MOOD : SEDIH..LAPAR..MENGANTUK..(tidur).


Kacang


Sayang, kenal kan apa yang dalam balang itu??..eh!..kakak bukan nak suruh adik-adik main teka kacang...pastue..yeah!..pakcik menang motor..eh! tak sayang, bukan kacang Ngan Yin..itu kacang tanah goreng dengan bawang putih..prrroootttt!!..terkontot-kontot, buang angin!.

Jangan jadi kacang lupakan kulit = peribahasa dulu-dulu..fahamkan!

Jangan banyak makan kacang = Jerawat..(mentos??) hormon kot.. :p

Kita tak tahu kan berapa jumlah kacang dalam balang tu, tahu??..yup, kita memang boleh kira..tapi, rajin ke?..tak de makna, masuk je mulut lagi sedap.

Kadang-kadang kita cekut-cekut campak kacang masuk mulut kena yang garing..sedap lemak, nasib tak baik terkena yang pahit..erk!..tak sedapkan..terbantut selera!.

Hidup??..Kita tak tahu berapa jumlah nombor usia kita...perjalanan yang adakala sedap dan tak sedap.

Macam tu juga kehidupan, adakala kita rasa kita dah bertuah sangat, apa yang kita nak akan tercapai..tapi, pernah kita sangka..dipenghujung ceritanya nanti akan membuat kita sedih??..siapa kita yang nak jangka semua ni kan..Allah sahaja yang maha mengetahui.

Kehidupan itu perjudian..main judi adalah haram..berjudi dengan nasib, untung sabut timbul untung batu tenggelam. Tak, kita mampu mengubah takdir, dengan doa, usaha dan tawakal pada Allah.

Sedih, hari ini saya sedih...saya terpepan dengan berita sedih itu, bilamana kad sudah diedarkan, persiapan beransur diselesaikan, majlis tinggal beberapa minggu lagi, tapi..akhirnya..perpisahan itu terjadi, sabarlah wahai sahabat...ini ujian buat kamu..ujian kasih sayang Allah pd kamu.

Biarlah ianya berakhir, sebelum ijab dilafaz tanggungjawab digilas..sakitnya nanti tak terperi bisanya.

Kita merancang, tiap-tiap peracangan kedepan, sebaiknya disusun dengan cantik, tapi Perancangan Allah itu lagi cantik dan baik, menangislah dinihari, mgkin kelak senyum akan melebar di bibirmu wahai sahabat.

*Ingat!..Bahu mampan dengan lemak ini ada buat kamu, sekudus bunga doa juga buat kamu, hug hug kasih sayang juga ada buat kamu sahabat.*

Selamat Hari Jadi Kakak Ipar ku..17/11...kita kongsi bulan yang sama, tahun yang sama, cuma size badan berbeza dan kita tak kongsi hadiah yea..hehehe..*luvkamubanyak-banyak*

Tahniah, buat sepupu, Hajar Fathiah..kerana UPSR dapat 5A dan sekali gus dianugerahkan pelajar cemerlang disekolah..semoga, ini menjadi titik tolak buat kamu..*luvbanyakbanyak*

-iwsk-



Wednesday, 16 November 2011

Rabu..ceritalah cerita..Cinta Terhalang??

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Dalam percintaan, halangan mesti ada..kalau bukan halangan tak power root lah kan!

Tersebutlah kisah satu cerita...onceuponatime!

Dulu..punya cinta jarak jauh, special kes!..walau sekarang dah tak macam dulu hubungan kita, cinta jarak jauh kita memang sukar...mcm-mcm dugaan, kadang2 mak sampai marah-marah sebab saya terkinja-kinja depan tibi tgk konsert awak, beli buku log panjang bukan buat kajian sains tapi habis saya tampal keratan gambar-gambar awak semua, lalu emak mencampak buku ke api..sedalam api cinta kita yang jauh...menjadi debu semuanya..menci!..sentap!...berpaling tekup muka dengan bantal!huk..

Namun semuanya telah jadi...Shape Of My Heart...tapi As Long As You Love Me... saya tetap setia..cewah!

BackstreetBoys


Dan sekarang saya mula belajar, belajar untuk terima bahawa kita memang dah tak macam dulu...tangan kat kat dahi..tepuk!

Walaupun saya bukan...Uptown Girl...awak lagi, tapi saya belajar untuk...Flying Without Wing...supaya dpt teruskan semua ni tanpa awak..tepuk dahi sekali lagi!

Westlife


Tanpa kata, tanpa surat kita putuskan haluan masing-masing, itu pilihan kita bukan..tapi, awak lupa ek...

Macam terngiang-ngiang kat cuping telinga saya, awak ckp...This Is I Promise You...untuk bagi sehelai surat sebelum awak ucap...Bye Bye Bye...pada saya.

N'Sync


Hujan-hujan mcm ni, saya hanya mampu duduk tepi katil, sambil gentel tepi bantal...kesat hingus dengan lengan baju..sob!..sob!..terkonang cinta dulu-dulu..weeee!

Saya redha..tak per, mak cakap ramai lagi orang kat Malaysia ni, buat apa nak cari jauh-jauh...awak belum tahu lagi dia mcm mana, susah kalau kahwin esok...jauh mak datang tengok cucu..jenguk!... :p..

Rain

opsss!..orang Malaysia lah mak cakap!...ehekhekekeke!


Okes mak..okes...boleh??

Shazey Sam

suka mak??...hahaha, pengsan klu Sam baca..tak bleh blah bhai!


Entah kenapa, saya selalu jadi pening dengan lagu-lagu sekarang...muzik dam! dam! dam!..kdg2 eh!..mcm ni pun boleh jadi lirik lagu?..bingit telinga..adakala lebih rela layan lagu-lagu 80an..retro beb!..retro!..mgkin juga faktor usia..kekekeke..tapi, tak semua lah...ada juga yang okes.

Apa kena mengena Rain dengan Sam..??..whatever! :p

-iwsk-

Tuesday, 15 November 2011

Monday, 14 November 2011

tak mandi ek?..AIR

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

NOTIS PEMBERITAHUAN : ESOK @ 19/11/2011 RUMAH ENGKO TAK DE AIR..HARAP BERSEDIA!..tak berkhemahnya notis kan...hehehe, tak lah..biasanya SAJ akan bagi notis dengan santun, dengan sangat mesra pelanggan..luv SAJ :)

Buat saya, kalau tak ada api @ electrik, masih boleh tahan lagi...tapi!

Kalau tak ada air, hulamakaiii!...memang tak boleh blah!..lelagi lah, time-time tak ada air lah, perut pula masalah..dok berulang ke toilet..memang hampeh jek rasa...cam nak pi beli tissue paper bebanyak n pampers size XL orang dewasa..eeiiiyukk!..tak kan nak guna air coke plak kan..tak senohong lah awak ni!..hehe :p *bergurau*

Untuk meselamatkan diri dari pada tidak mandi, tidak minum, tidak berak, tidak kencing dan eh!..senohong lah sikit!...ayat, tidak membuang hajat...kan nampak lebih gadis..hurm!..tak kuasa mak!...dalam keadaan-keadaan genting seperti itu, destinasi adalah..rumah-rumah -tumpangan- ..saudara mara sedarah sebapa seemak lah yang akan dijadikan hotel persinggahan..atau rumah kawan-kawan...tak lah!...setakat pi umah kakak or abang je, rumah kawan-kawan tak kot...malu lah ai...lagi kalau kawan-kawan ada abang teruna...patbelas kali malu tau ai..weeee :p

So, hargai lah Air anugerah Ilahi ni, jangan cemarkan sungai dengan membuang sampah sarap, sebab air tu juga lah yang kita nak guna pakai...dan jangan pergi toilet kat soping kompleks pastue kena bayar RM 0.50 dan air paip dibiarkan terbuka sebab sakit hati bayar mahal sangat...masuk toilet je, kdg2 tak buang hajat pun..hanya mencerminkan diri, mentengok tudung, lipstik merah tak..gadis berjalan kat soping kompleks..stended lah kan..ye lah, mesti nak nampak cantek twenty for seven..
namun (sejarah ini hanya berlaku ketika zaman budak-budak...BUDAK MENAKAL)..weee :p

sekarang, saya sudah besar dan menjadi budak besar yang berkhemah..hidup saling menyanyangi..dan belajar menjadi manusia yang berkualiti di muka bumi Allah...see, hebat kan Allah..memberi kita sesuatu kejadian untuk dijadkan panduan..samaada ianya baik atau buruk..syukur.

Jom tengok waktu-waktu yang sesuai untuk kita minum dulu!..air.

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR..(pusat sumber, email).

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

*Air wudhuk 5 kali sehari*

*Jangan minum air kencing syaitoonnirajimm..mendapat dosa*

*Jangan minum dan jual air daun ketom..mendapat penjara dan dosa*

Mak cakap, jangan makan sulam air..tak elok!..

-iwsk-



Sunday, 13 November 2011

Tujuh Kategori Kaya

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Menjadi orang Kaya tak salah, menjadi orang miskin pun bukan satu kesalahan, malahan semua itu bukan satu kesilapan...kita masing-masing punya hak untuk mengubah diri...asalkan, kita tak merugikan diri kita sendiri kan...ingatlah, dari rezeki kita itu, ada sebahagianya adalah hak orang lain.

Kaya??...siapa yang tak nak kaya kan, hidup dalam dunia..mgkin BONUSnya adalah kekayaan, macam mana kita diterjemahkan kekayaan dalam kehidupan kita, samaada dengan harta? kebahaagian? kasih-sayang?..wallahualam.

Adakala kita, termasuk saya sendiri...suka sangat bila tengok orang kaya..macam tak ada masalah, yelah..masalah duit?..itu selalu menjadi pokok utama KAYA kan..klu ditafsir dari mata kasar, banyak duit hendak beli apa pun mudah, nak bercuti mudah, nak shopping online mudah, pendek kata..panjang pun kata juga..dengan DUIT semua jadi MUDAH, membeli belah dihujung jari.

Bohonglah kalau dlm hati tengok member beli online, kita tak ada perasaan ingin juga...tapi, berbaloikah??..klu kita turut sama rambang mata, pantas jari klik form online..lat lat, akhir bulan...kita ternganga...duit dalam purse tinggal rm50, gaji lambat lagi...stok maggi bertimbun dalam laci..haissh! gugur rambut!.

Tengok member pi shopping kat kedai-kedai branded..kita pun nak juga sehelai dua..nak juga sama hebat dengan kawan-kawan...tengok2 member tukar handphone..kejap iphone 4S, yang sorang blackberry torch..meleleh tak air hidung??..kompom!..

Ikut rasa binasa...(nasihat saya pada diri sendiri).

Jangan!..jangan!...jangan terap kan dalam diri "Biar papa asal bergaya"..kelak melopong tak sude!..heh!

Berfikir sebelum mengikut nafsu..kita beli sesuatu itu kerana apa,

KEPENTINGAN??..KEPERLUAN??


Kalau ada duit lebih, boleh..sesekali manja kan diri..kira rewardlah bila dah menghempas pulas kerja kan...siapa lagi nak manja kan diri kita, kalau bukan diri kita sendiri...cuma, beringat..kita susah tak siapa yang nak jeling, barang-barang yang kita beli tu..bukan boleh bagi kenyang perut..

Pengalaman dik, pengalaman banyak ajar saya menjadi dewasa. Pengalaman dengan duit RM 2 nak makan apa dan kita tak sepanjangnya sihat dik, berjimatlah.

Saya tak mati dek keji, tak hidup dek puji.

*Jom kita berkogsi sedikit apa yang diterjemahkan sebagai KAYA, dipetik dari Majalah Solusi, KAYA ANTARA REALITI DAN ILUSI - Pahrol Mohamad Juoi.

Kaya macam mana yang kita nak dalam kehidupan, wallahualam.

1. Kaya Dalaman

Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tingi,ketenagangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.

2. Kaya Kesihatan

Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam mengejarnya.

3. Kaya Perhubungan

Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga diutamakan kerana disitulah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.

4. Kaya Legasi.

Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesan oleh orang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara biasa-biasa sahaja, tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.

5. Kaya Kerjaya.

Kerjaya menjadi sangan penting dalam dunia masa kini. Kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.

6.Kaya Pengalaman.

Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan dan lain-lain akan memberi kita rasa "kekayaan" yang sukar untuk digambarkan.

7. Kaya Ekonomi.

Wang walaupun bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang kita boleh membantu meringakan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.


Orang kaya pun tak selalunya bersenang hati, orang miskin tak sepanjangnya merintih diri.

-iwsk-

Saturday, 12 November 2011

Menjawab ek..TAG :)

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Hola!...alamak, janji tinggal janji ke? eh! tak tak okes, insyaAllah janji akan ditunaikan, walaupun lambat sikit?..hehe, alah janganlah marah ek "atukmudabergaya"..nanti lagi banyak garis-garis kat muka..ayok! kan dah tua..wee :p

Sebenarnya, before raya Aidil Adha..eh!...Selamat Belated Aidil Adha..semoga korang semua happy-happy lah masa raya tempohari, berkorban apa sahaja, jasad ataupun nyawa

Ep!..okes, melalut sudah..sepet kena TAG dengan atukmudabergaya..tapi oleh kerana dah packing baju nak balik raya, so! jawab lepas raya lah maknanya..hah!..aá...kat kampung tak de internet, klu guna broadband Celcom pun...alahai...klu lumba dengan siput..kompom!..siput lagi laju...berdesssuuutt!

So, hari ini..ada kesempatan..nak jawab tag dari atukmudabergaya..ayoh!ayoh!..

Dan soalan untuk anda saya ialah :-

1. Tentang blog anda?

2. Bagaimana anda menulis tentang entry? (reka-reka, suka-suka, dapatkan fakta tepat dari buku etc)

3. Jenis blog yang disukai dan tidak disukai?

4. Cara anda mendapatkan followers yang ramai?

5. Pendapat anda tentang remaja zaman sekarang?

6. Jenis lelaki/perempuan idaman zaman sekarang?

7. Cara anda mengorat seseorang?

8. Putus cinta, bagaimana anda mengatasinya??

9. Perbezaan cinta orang muda (remaja) dan orang tua (dewasa)?

10. Komen anda tentang Atukmudabergaya??

11. Komen anda tentang Blog Atukmudabergaya?? hehe..

Tarik nafas panjang, hembus..fuuuhh!...sib baik dah gosok gg..wee :), dgn lafaz bismillah...jari pun menari.

Soalan diatas adalah dirujuk :-

1. Blog Wilayah Sepet Kuku ni dah banyak dah menang anugerah..yang terbaru menang anugerah skrin tue...tipoo!...alah,wilayah sepet kuku ni..blog picisan jek, biasa-biasa aje..tak de maknanya nak menang anugerah...jauh sekali nak jadi calon...glamour pun tak...kita sedar diri kita dik...sentap!..hahaha

2. Entry..tiru ofismate sebelah, sambil keje sambil taip entry kat blog...hakhak, tak lah...bergurau...biasanya diterjemah dari kehidupan sehari-harian..maka terjadilah entry..yang penuh emosi,penuh cinta,penuh takbur dan riak,penuh haloba,penuh dgn huruf-huruf je sebenarnya..yang penting, akaQ tak nak glamour!penat!..erk...abaikan..weeee ;p

3. Kebiasaanya akn jadi terpaku dgn blog yang ada gambar2 separuh seksi,gambar2 lelaki handsome,entry belai-belai..jiwa luluh bila baca..hahaha, bergurau lagi, biasanya terberhenti dekat belog yang ringkas tapi isipadat...yang unik tapi tak serabut...blog lawak tapi lawak cerdik..yang banyak gambar2 yang cantik..dan juga blog yang banyak gambar makanan dan resepi..weee!..suka makan!..faktor! dan blog yang menceritakan sesuatu yang fakta bukan auta...blog yang tak ske plak...macam time tgh baca pastue rasa mcm arrgg!..merepek!...laju je jari klik X...hah cam tu lah...soE :)

4. Paksa derang untuk follow blog ni...hantar surat ugutan kat mereka, serang di komen secara peribadi utk sebarkan gambar masa derang tengah berhajat!..Terserah pd siapa yang sudi follow...sepet tak paksa (sambil duduk tersepot dgn senyum simpul, malu!).. ;p

5. Fuh!..remaja zaman skang, remaja K-POP dik, zaman sepet dulu...zaman balada jek..

6. Chop!..pilihan lelaki bagi sepet, dengarlah lirik lagu dangdut Iwan "yang sedang-sedang saja..yang penting, dia setia"..pompuan sepet tak cenderung, masih dijalan yang lurus..weee ;p

7. Erk!...mengorat!..baling kasut kot!..hahaha, nanti dia kejar balik..weee :p

8. Putus cinta...hurrm!..cara atasinya yea...ubat gegat 2 biji sehari..*mamfusss!*..hakhakhak

9. "Hey cinta dulu-dulu..cinta malu-malu..Cinta dulu-dulu, memang susah nak bertemu..Bila dapat bertemu, nak cakap apa pun tak tahu..Tegak berdiri tersipu-sipu seram sejuk batu membisu"...CINTA DULU.."Alah, Cinta zaman sekarang sudah terlupa pantang larang, dikhalayak ramai dia pegang-pegang, kalau ditegur dia meradang, macam harimau nak menerkam"..CINTA SEKARANG..Dato SM Salim yang nyanyi, bukan sepet.

10. Atukmudabergaya ni..Muda lagi, walaupun dah ada title atuk...alah apa lah sangat yg ada dengan nama...janji jiwa muda..muda bergaya..weee :p

11. Blog atukmudabergaya, ringkas seadanya.

Yeah yeah!..finished alleady.. :)

Atukmudabergaya..nak duaposen??..weeee :p

-iwsk-

Kan, dah TERKENA.. :)

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Terima kasih pd yang klik follower kat blog nie, kalian sgt besh..hope jalinan ukhwah terus terjalin, walau kita terbatas dinding maya..dgn blog kita bertemu dgn blog kita menyambung tamu dihati masing-masing..terima kasih korang*luvbanyakbanyak*

TERKENA!!!...no follower kat wilayah sepet kuku adalah 454..



Jom jelajah joran kat blog "phat corner"..kita meriah-meriahkan lagi blog dia...yumeh!..

*abg Phat, sila PM saya alamat kat facebook badge yang kat tepi belah kanan tu yea, insyaAllah.

-iwsk-

Friday, 11 November 2011

Sebelas haribulan Sebelas tahun duaribu Sebelas

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Hari ni..glamour..bertuah (tangan menongkat dagu)..weeee ;p

Sebab...no 11.11.11..

Apa ada pada no??...entahlah, bagi saya nombor tetap nombor,sama juga dgn hari...hari tetap hari, sama...tiada no yg bertuah..eh! hello!..no ekor bertuah??..hahaha, bertuah lah siapa kena...(judi adalah haram)...klu Hari Raya..itu nikmat...Hari-Hari soping itu besh..Hari Mengundi..itu tanggungjawab...

Naik cuti Aidil Adha, kerja menghambat..blog tak ada masa untuk dijengah..maaf.

Psst!..tapi, klu tak ada apa-apa dgn no ni..awat saya updates blog??

Hakhakhakhak...Nak juga ada entry 11.11.11...well saya memangkan!...giler glamour..sesekali!

Nak suggest kan kalian satu majalah ilmiah yang bagi saya ianya harus dibaca, isinya padat,penyampaianya dekat dgn minda dan hati..bagi saya..klu kalian nak tahu, baca juga..kalau dah tahu..bagus lah, mari berkongsi.



Saya tertekan, penat dan bila tertekan..otak saya inginkan sesuatu utk melepaskan dari rasa tekanan ini..so, kedai buku menjadi pilihan biasanya..manusia adakalanya perlu tekanan, sebab tekanan akan membawa kita keluar dari kebiasaan...beza dgn saya yang dulu..masa muda belia..(jiwa panas!..perasaan membuak!) saya akan tindik hidung, krn bila kulit hindung yg keras itu..di TAP! dgn penebuk anting2...air mata pun leleh, rasa sakit akan melegakan perasaan, lepas kanan..kambus..kiri pula..

Adik-adik..jangan ikut contoh dan sikap ini, kerana..ianya tak senonoh dan merugikan!...tapi, biasalah manusia akan menjadi matang dari sehari kesehari!..dan paling penting bagi saya, kesilapan itu adalah pembelajaran paling baik...terima kasih Allah, kerana memberi kesilapan itu untuk saya perbetulkan hari ini...tiap-tiap apa pun HIKMAH pasti ada..Allah sayang hambanya.

Sayang, saya terlambat untuk tahu tentang majalah ini..keluaran ke 37 baru saya tahu..tak apa, saya tahu juga akhirnya kan..Syukur.

Hurrm!..Raya Aidil Adha, berjumpa adik bongsu saya...suka tengok kehidupanya sekarang...cantik berjubah lengkap berNiqab, sejuk hati bila tgk anak-anak saudara saya sekecil itu solat..sebagai kakak saya bangga dengan dia, kerana adik mampu mengubah dirinya...saya ambil iktibar lagi, macam-macam dugaan, macam-macam kepayahan yang dijalani...akhirnya Allah memberinya jalan, semoga ini kebahagian buat dia, aamiin.

Okeslah, nak sambung kerja...kalian harus jaga diri, kita wajib jaga Solat.

-iwsk-

Thursday, 3 November 2011

Skandal Seorang Doktor??

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Entry sedikit lucah, tidak sesuai untuk adik-adik dibawah umur, pastikan dapat kebenaran dari ibu bapa sebelum baca, dan sebarang rangsangan dan peniruan aksi adalah dilarang!

Ntahlah dunia-dunia, macam-macam hal...apekah?..adakah?..kenapakah??..ritu ternampak metro mukabuku..depan, tapi tak bacalah isi..just terjeling kat tajuk, Ramai surirumah minta cerai sebab suami Songsang??..yanadeyyy!!..apa mau jadi??..

Bukankah nikmat berumahtangga itu salah satunya hubungan intim..

entahlah! saya belum kahwin...weeee, malu lah ai... :p

Ritu antara perbualan kwn-kwn lelaki..yang menegakkan mereka adalah penjantan tanguh...hahaha..sangat!...buruk okes klu kita TERdengar orang-orang lelaki ni mengumpat,mengutuk..katanya..jangan main belakang... nanti tak rasa nikmat berak, saya kompius..kenapa? eh! nak juga sibuk je!..hahaha, nanti duduk tak yah teran-teran...terus je kuar sbb lubang bontot dah besar...so lawas lah...antara salah satu nikmat dan bila keluar lega adalah, meneran berak!..

hahaha, tepuk dahi!..geleng kapla den!

Ni lagi satu kes??..bacalah, hasil penat lelah saya..copy & paste dari email..malaskan, kan,kan..weee :)

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.


Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,

"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang".

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,

"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya".

Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…,

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…".

Erk!??...hakhakhak..

Entalah, skang ni bila cuaca sejuk dan perut selalu minta diisi bila dah malam-malam hari...so, stok Potato ini mestilah ada dirumah, buat air kopi Kapal Api Kaw!..memang kaw..kaw..katanya!..grupgrapgrupgrap!..jangan lupa gosok gigi sebelum tidur atau ulat akan tidur dgn gigi..hahaha, mentos waktu kecil bila mkn gula-gula nak tido!..weeee


-nikmati..kenikmatan kentang seorang Mr.Potato yang emsem dengan...Potato Rice Crips..nyumnyum!


-iwsk-

Wednesday, 2 November 2011

Wednesday..Quiet! Picture Talk With Subject!

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...



*abg.google kredit*

Tuesday, 1 November 2011

Hal-Hal dalam Hidup.

Assalamualaikum...
Senyum manis terukir,salam diucap pembuka bicara...

Berkongsi apa yang ada, berkasih sayang atas namaNYA.

Hal dalam hidup yang tidak bisa kembali :
 1) Waktu 
2) Kata-kata 
3) Kesempatan


•Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1) Kemarahan 
 2) Keangkuhan
3) Dendam


•Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1) Harapan 
2) Keikhlasan 
3) Kejujuran


•Ada 3 Hal yang paling berharga :
1) Kasih Sayang 
2) Cinta 
3) Kebaikan


•Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1) Kekayaan 
2) Kejayaan 
3) Mimpi


•Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1)Komitmen 
2)Ketulusan 
3) Kerja keras


•Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1) Tekad 
2) Kemahuan 
3) Fokus


•Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1) Rezeki 
2) Umur 
3) Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1) Tua
 2) Sakit 
3) Kematian.

Ya اللّه , sahabat saya yang membaca ini adalah sahabat yg soleh, kuat, sabar, sayangilah dia serta kasihilah dia. Tolong bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya, sihatkan badannya. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, mudahkan langkahnya . ‎​​. آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ kirim ke sahabat" yang kamu sayangi. ‎​‎​اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ hidupmu akan bahagia kerna mereka juga mendoakanmu :)

*Pusat sumber sekolah oleh pustakawan aka SUMBER EMAIL*

-iwsk-